My bookmarksSign up free
← Societies Act 1966 (Revised - 2021)

Societies Act 1966 (Revised - 2021) s 64

Societies Act 1966 (Revised - 2021) s 64

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 64 Power of entry, search and seizure by Registrar or Assistant Registrar in special cases

(1) The Registrar or an Assistant Registrar, or any other officer appointed under subsection 3(1A) and duly authorized in writing by the Registrar or Assistant Registrar, who has reason to believe that any registered society is being used for purposes prejudicial to public peace, welfare, good order or morality in Malaysia, may enter, with or without assistance and using force for that purpose, if necessary, into any place which he has reason to believe is used as the place of meeting or place of business of such society, and may search such place and any person found therein or escaping therefrom for evidence that such society is being used for such purpose as aforesaid. (2) The Registrar, or an Assistant Registrar, or any other officer, entering into any place under subsection (1), may seize and detain any books, accounts, writings, lists of members, banners, seals, insignia, arms or other articles belonging to the registered society which he has reason to believe may be required in respect of further proceedings under this Act.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk masuk, menggeledah dan menyita oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar dalam hal khas

(1) Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar, atau mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen 3(1A) dan diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar, yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana pertubuhan berdaftar digunakan bagi maksud yang memudaratkan keamanan awam, kebajikan, keadaan baik atau kemoralan di Malaysia, boleh masuk, sama ada dengan atau tanpa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan bagi maksud itu, jika perlu, ke mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai digunakan sebagai tempat mesyuarat atau tempat urusan bagi pertubuhan itu, dan boleh memeriksa tempat itu dan mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya atau yang didapati lari dari tempat itu bagi mendapat keterangan bahawa pertubuhan itu digunakan bagi maksud seperti yang disebut terdahulu. (2) Pendaftar, atau seseorang Penolong Pendaftar, atau manamana pegawai lain, yang masuk ke mana-mana tempat di bawah subseksyen (1), boleh menyita dan menahan apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, sepanduk, meterai, lambang kebesaran, lambang atau barang lain yang dipunyai oleh pertubuhan berdaftar itu yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mungkin dikehendaki berkenaan dengan prosiding selanjutnya di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 832 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next