My bookmarksSign up free
← Malaysian Space Board Act 2022

Malaysian Space Board Act 2022 s 45

Malaysian Space Board Act 2022 s 45

s 45 Safe custody of space object, etc.

(1) The Space Regulator shall, as soon as an information of an incident or accident comes to his knowledge, take all reasonable measures to maintain safe custody of the space object or launch facility, being the subject matter of the incident or accident, or any other evidence relating to the incident or accident until an investigator is appointed to conduct an investigation into the incident or accident under section 44. (2) Upon the appointment of an investigator under section 44, it shall be the duty of the investigator to maintain safe custody of the space object or launch facility, being the subject matter of the incident or accident, or such other evidence relating to the incident or accident. (3) When the investigator determines that the space object, launch facility or such other evidence is no longer necessary for the purposes of the investigation, the investigator shall release the space object, launch facility or such other evidence to the owner or any person authorized in writing by the owner to take custody of the space object, launch facility or such other evidence. (4) Any person who tampers with, removes, damages or destroys any space object, launch facility or such other evidence in the custody of the Space Regulator or an investigator commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding ten thousand ringgit; or (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding twenty thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Jagaan selamat objek angkasa, dsb.

(1) Penguasa Angkasa hendaklah, dengan seberapa segera setelah maklumat berkenaan dengan suatu insiden atau kemalangan diketahuinya, mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengekalkan jagaan selamat objek angkasa atau kemudahan pelancar, yang menjadi hal perkara insiden atau kemalangan itu, atau apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan insiden atau kemalangan itu sehingga penyiasat dilantik untuk menjalankan penyiasatan tentang insiden atau kemalangan di bawah seksyen 44. (2) Apabila penyiasat dilantik di bawah seksyen 44, adalah menjadi kewajipan penyiasat untuk mengekalkan jagaan selamat objek angkasa atau kemudahan pelancar, yang menjadi hal perkara insiden atau kemalangan itu, atau apa-apa keterangan lain yang berhubungan dengan insiden atau kemalangan itu. (3) Apabila penyiasat itu menentukan bahawa objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu tidak lagi diperlukan bagi maksud penyiasatan, penyiasat itu hendaklah melepaskan objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu kepada pemunya atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pemunya untuk mengambil jagaan objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain itu. (4) Mana-mana orang yang mengusik, mengalih, merosakkan atau memusnahkan mana-mana objek angkasa, kemudahan pelancar atau keterangan lain dalam jagaan Penguasa Angkasa atau seseorang penyiasat melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit; atau (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 834 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next