(1) At the hearing of a complaint of sexual harassment, every party to the proceedings shall be entitled to attend and be heard.
(2) No party shall be represented by an advocate and solicitor at a hearing unless, in the opinion of the Tribunal, the matter in question involves complex issues of law.
(3) If one party is allowed to be represented by an advocate and solicitor under subsection (2), the other party shall also be so entitled.
(4) Subject to subsections (1) and (2), a party who is a minor or any person under a disability may be represented by his next friend or guardian ad litem.
(5) Where a party who is a minor or any person under a disability is represented by his next friend or guardian ad litem, the Tribunal may impose such conditions as the Tribunal considers necessary to ensure that the other party to the proceedings is not substantially disadvantaged.
Malay text (authoritative)
Hak untuk hadir pada pendengaran
(1) Pada pendengaran sesuatu aduan gangguan seksual, tiap-tiap pihak kepada prosiding berhak hadir dan didengar.
(2) Tiada pihak boleh diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada sesuatu pendengaran melainkan jika, pada pendapat Tribunal, perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks.
(3) Jika satu pihak dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2), pihak yang satu lagi juga berhak sedemikian.
(4) Tertakluk kepada subseksyen (1) dan (2), suatu pihak yang merupakan seorang yang belum dewasa atau mana-mana orang yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
(5) Jika suatu pihak yang merupakan seorang yang belum dewasa atau mana-mana orang yang tidak berupaya diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya, Tribunal boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal untuk memastikan bahawa pihak yang satu lagi kepada prosiding itu tidak diletakkan dalam keadaan yang merugikan secara substansial.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).