My bookmarksSign up free
← Anti-Sexual Harassment Act 2022

Anti-Sexual Harassment Act 2022 s 5

Anti-Sexual Harassment Act 2022 s 5

s 5 Disqualification

The President, the Deputy President and the members of the Tribunal appointed under subsection 4(1) shall be disqualified from being a member of the Tribunal if— (a) the person is adjudged bankrupt by a court of competent jurisdiction; (b) the person is certified by a qualified medical officer to be physically or mentally incapable of continuing office; (c) the Minister is of the opinion that the person has engaged in any paid office, commission or employment which conflicts with the duties of the person under this Act; (d) the person’s conduct, whether in connection with his duties as a member of the Tribunal or otherwise, has been such as to bring discredit to the Tribunal; (e) the person has been convicted on, a charge in respect of— (i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude; (ii) an offence under any law relating to corruption; or (iii) any other offence punishable with imprisonment, in itself only or in addition to or in lieu of a fine, for more than two years; or (f) the person absents himself from three consecutive sittings of the Tribunal without leave of the President.

Malay text (authoritative)

Kehilangan kelayakan

Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Tribunal yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) hendaklah hilang kelayakan daripada menjadi anggota Tribunal jika— (a) orang itu dihukum bankrap oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa; (b) orang itu diperakui oleh seorang pegawai perubatan yang berkelayakan sebagai tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk meneruskan jawatan; (c) Menteri berpendapat bahawa orang itu terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar, komisen atau penggajian yang bercanggah dengan kewajipan orang itu di bawah Akta ini; (d) kelakuan orang itu, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama Tribunal; (e) orang itu telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun; atau (f) orang itu tidak menghadiri persidangan Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran Presiden.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 840 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next