My bookmarksSign up free
← Control of Smoking Products for Public Health Act 2024

Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 s 2

Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “smoking substance” means any substance or any combination of substances, used for smoking, including nicotine, propylene glycol, glycerol and triethylene glycol; “prescribed” means prescribed by the Minister in the regulations made under this Act; “advertisement” includes any representation by any means for the purpose of promoting directly or indirectly any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product; “import” means to bring or cause to be brought into Malaysia by land, water or air for the purposes of sales from any place outside Malaysia but does not include the bringing into Malaysia any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product which is proved it is intended to be taken out of Malaysia on the same vehicle, vessel or aircraft on which the tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product were brought into Malaysia without any transhipment or landing; “analyst” means any analyst appointed by the Minister under section 22 or any chemist registered under section 15 of the Chemists Act 1975 [Act 158]; “Director General” means the Director General of Health, Malaysia; “sell” or “sale” includes— (a) barter or exchanging of goods; (b) offering or attempting to sell; (c) causing or allowing to be sold; (d) exposing for sale; (e) receiving, sending, conveying, distributing, transmitting or delivering for sale or exchange or by sale or exchange or in pursuance of such sale or exchange; (f) supplying any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product where a reward is to be received by the supplier for such supply either specifically or as part of a service contracted for sale; (g) having in possession any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product for sale or exchange; or (h) having in possession any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product knowing that the tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product may be sold, offered, displayed or exposed for sale, or disposed of, for any consideration, and this includes electronic sale; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for health; “smoking” means inhaling and expelling the smoke or vapour, of any tobacco product or substitute tobacco product, and includes the holding of or control over any tobacco product or substitute tobacco product which is ignited, heated or vaporized or used in any other methods; “minor” means any person under the age of eighteen years; “authorized officer” means any medical officer of health, or any environmental health officer or assistant environmental health officer of the Ministry of Health or of any local authority, or any suitably qualified person, appointed by the Minister to be an authorized officer under section 24; “manufacturer” includes any person who packs or labels a tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product; “importer” includes any person who, whether as owner, consignor, consignee, agent or broker, is in possession of, or is otherwise entitled to the custody or control, of a tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product which is imported; “body corporate” means a company, limited liability partnership, firm or other body of persons; “premises” includes— (a) any building or tent or any other structure, permanent or otherwise together with the land on which the building, tent or other structure is situated and any adjoining land used in connection therewith; or (b) any vehicle, conveyance, vessel or aircraft used for or in connection with the preparation, preservation, packaging, storage, conveyance, distribution or sale of any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product; “substitute tobacco product” means any product or processed product, other than a tobacco product, that is capable of being smoked, whether with or without smoking substance; “tobacco product” means processed tobacco or any product that contains tobacco which is designed for human consumption; “tobacco” means any product obtained from the leaf of Nicotiana tabacum or other Nicotiana species, whether in the state of uncured or cured state and includes the hybrid of these species, hybrid as a result of the cross of these species or hybrid with any other tree species or other hybrid, or the version of species which is genetically engineered or hybrid of such species. (2) For the purposes of this Act, a reference to “smoking products” shall be construed as a reference to tobacco products, smoking substances or substitute tobacco products.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bahan merokok” ertinya apa-apa bahan atau apa-apa gabungan bahan, yang digunakan untuk merokok, termasuk nikotin, propylene glycol, glycerol dan triethylene glycol; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “iklan” termasuklah apa-apa gambaran melalui apa-apa cara bagi maksud mempromosikan secara langsung atau tidak langsung apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau; “import” ertinya untuk membawa masuk atau menyebabkan dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui darat, air atau udara bagi maksud penjualan dari mana-mana tempat di luar Malaysia tetapi tidak termasuk membawa masuk ke dalam Malaysia apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang terbukti dimaksudkan untuk dibawa ke luar Malaysia dalam kenderaan, vesel atau pesawat udara yang sama yang produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu dibawa masuk ke dalam Malaysia tanpa apa-apa pindah kapal atau pendaratan; “juruanalisis” ertinya mana-mana juruanalisis yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 22 atau mana-mana ahli kimia yang didaftarkan di bawah seksyen 15 Akta Ahli Kimia 1975 [Akta 158]; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia; “menjual” atau “penjualan” termasuklah— (a) barter atau pertukaran barang; (b) menawarkan atau mencuba untuk menjual; (c) menyebabkan atau membenarkan untuk dijual; (d) mendedahkan bagi penjualan; (e) menerima, menghantar, mengirim, mengedar, menyampaikan atau menghantar serah bagi penjualan atau pertukaran atau melalui penjualan atau pertukaran atau menurut penjualan atau pertukaran itu; (f) membekalkan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang suatu upah akan diterima oleh pembekal untuk bekalan itu sama ada secara khusus atau sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang dikontrakkan bagi penjualan; (g) memiliki apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau bagi penjualan atau pertukaran; atau (h) memiliki apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dengan mengetahui bahawa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu boleh dijual, ditawarkan, ditayangkan atau didedahkan bagi penjualan, atau dilupuskan, bagi apa-apa balasan, dan ini termasuklah penjualan elektronik; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan; “merokok” ertinya menyedut dan menghembus asap atau wap, apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau, dan termasuklah memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau yang dinyalakan, dipanaskan atau diwapkan atau digunakan dengan apa-apa cara lain; “orang belum dewasa” ertinya mana-mana orang yang di bawah umur lapan belas tahun; “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai perubatan kesihatan, atau mana-mana pegawai kesihatan persekitaran atau penolong pegawai kesihatan persekitaran daripada Kementerian Kesihatan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana orang berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh Menteri menjadi pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 24; “pengilang” termasuklah mana-mana orang yang membungkus atau melabel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau; “pengimport” termasuklah mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemunya, pemberi konsain, penerima konsain, ejen atau broker, memiliki, atau sebaliknya berhak kepada jagaan atau kawalan, produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang diimport; “pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma atau kumpulan orang yang lain; “premis” termasuklah— (a) apa-apa bangunan atau khemah atau apa-apa struktur lain, kekal atau sebaliknya bersama dengan tanah yang bangunan, khemah atau struktur lain itu terletak dan apa-apa tanah bersempadanan yang digunakan yang berkaitan dengannya; atau (b) apa-apa kenderaan, pengangkut, vesel atau pesawat udara yang digunakan atau yang berkaitan dengan persediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau; “produk pengganti tembakau” ertinya apa-apa produk atau produk yang diproses, selain produk tembakau, yang boleh digunakan bagi merokok, sama ada dengan atau tanpa bahan merokok; “produk tembakau” ertinya tembakau yang diproses atau apa-apa produk yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia; “tembakau” ertinya apa-apa produk yang diperoleh daripada daun Nicotiana tabacum atau spesies Nicotiana yang lain, sama ada dalam keadaan belum diawet atau sudah diawet dan termasuklah kacukan spesies ini, kacukan akibat daripada silangan spesies ini atau kacukan dengan mana-mana spesies pokok lain atau kacukan yang lain, atau versi spesies yang dihasilkan secara genetik atau kacukan spesies itu. (2) Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai “produk merokok” hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 852 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next