My bookmarksSign up free
← Control of Smoking Products for Public Health Act 2024

Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 s 9

Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 s 9

s 9 Prohibition on promotion or sponsorship of tobacco product, etc.

(1) No person shall promote or sponsor, or participate in any arrangement that promotes any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product, which is intended or likely to encourage any person to smoke or to be promoted as a quit smoking product. (2) For the purposes of this section, “arrangement” includes any agreement, undertaking or understanding that has or likely to have the effects of promoting any tobacco product, smoking substance or substitute tobacco product— (a) by giving or accepting any sponsorship, gift, prize, reward, scholarship or other like benefit; or (b) by organising any campaign, course, workshop, forum, road show, consultation or event. (3) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction— (a) where the person is not a body corporate— (i) for the first offence, be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both; and a fine not exceeding thirty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and (b) where the person is a body corporate— (i) for the first offence, be liable to a fine not less than twenty thousand ringgit and not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both; and a fine not less than fifty thousand ringgit and not exceeding three hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Larangan promosi atau tajaan produk tembakau, dsb.

(1) Tiada seorang pun boleh mempromosi atau menaja, atau mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan yang mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok atau dipromosikan sebagai suatu produk berhenti merokok. (2) Bagi maksud seksyen ini, “perkiraan” termasuklah apa-apa perjanjian, aku janji atau persefahaman yang telah atau berkemungkinan memberi kesan mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau— (a) dengan memberi atau menerima apa-apa tajaan, pemberian, hadiah, ganjaran, biasiswa atau lain-lain faedah yang seumpamanya; atau (b) dengan menganjurkan apa-apa kempen, kursus, bengkel, forum, jerayawara, perundingan atau acara. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan— (i) bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan (ii) bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan (b) sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan— (i) bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan (ii) bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 852 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next