Jurisdictional Immunities of Foreign States Act 2024 s 4
Jurisdictional Immunities of Foreign States Act 2024 s 4
s 4 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“head of Government” means a person who presides over the cabinet or any body of similar nature of a foreign State;
“head of State” means a person who holds the highest official position in a foreign State;
“court” means a court of competent jurisdiction in Malaysia;
“Council” means the Foreign State Immunity Council established under section 20;
“foreign State” means any country or territory outside Malaysia, and includes—
(a) a department or various organs of government of a foreign State;
(b) a constituent unit of a federal foreign State or political subdivisions of the foreign State; and
(c) the agency, body or other entity of a foreign State established under a written law of or otherwise by the foreign State;
“commercial transaction” means—
(a) any commercial contract or transaction for the sale of goods or supply of services;
(b) any contract for a loan or other transaction of a financial nature, including any obligation of guarantee or of indemnity in respect of any such loan or transaction; and
(c) any other contract or transaction of a commercial, industrial, trading or professional nature, but not including a contract of employment.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ketua Kerajaan” ertinya seseorang yang mengetuai kabinet atau apa-apa badan yang serupa sifatnya bagi sesuatu Negara asing;
“ketua Negara” ertinya seseorang yang memegang jawatan rasmi tertinggi dalam sesuatu Negara asing;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten di Malaysia;
“Majlis” ertinya Majlis Kekebalan Negara Asing yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;
“Negara asing” ertinya mana-mana negara atau wilayah di luar Malaysia, dan termasuklah—
(a) suatu jabatan atau pelbagai organ kerajaan sesuatu Negara asing;
(b) suatu unit keanggotaan persekutuan Negara asing atau subbahagian politik Negara asing itu; dan
(c) agensi, badan atau entiti lain sesuatu Negara asing yang ditubuhkan di bawah suatu undang-undang bertulis atau sebaliknya oleh Negara asing itu;
“transaksi komersial” ertinya—
(a) apa-apa kontrak atau transaksi komersial bagi penjualan barang atau pembekalan perkhidmatan;
(b) apa-apa kontrak bagi suatu pinjaman atau transaksi lain yang bersifat kewangan, termasuk apa-apa obligasi jaminan atau tanggung rugi berkenaan dengan apa-apa pinjaman atau transaksi itu; dan
(c) apa-apa kontrak atau transaksi yang bersifat komersial, perindustrian, perdagangan atau profesional yang lain, tetapi tidak termasuk suatu kontrak kerja.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).