My bookmarksSign up free
← Malaysian Aviation Commission (Dissolution) Act 2024

Malaysian Aviation Commission (Dissolution) Act 2024 s 14

Malaysian Aviation Commission (Dissolution) Act 2024 s 14

s 14 Vesting of property, etc.

(1) Subject to this Act, the Minister may, from time to time, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on such date all properties, rights, interests, obligations and liabilities of the Commission specified by the Minister in the order shall, by virtue of this Act, be transferred to and vested in the Authority without any conveyance, assignment or transfer. (2) Every property, rights, interest, obligation and liability transferred to and vested in the Commission shall be transferred to and vested in the Authority for the like title, estate or interest and on the like tenure as the property, rights, interest, obligation and liability were vested or held before the vesting date. (3) Any land which before the date of coming into operation of this Act were vested in the Commission shall, on the vesting date, be vested in the Authority. (4) Where by virtue of subsection (1), any property transferred to and vested in the Authority, the provisions of Part Thirty of the National Land Code [Act 828] shall, for the purpose of effecting the registration of such vesting, apply to the Authority. (5) Any property and asset other than land which before the date of coming into operation of this Act were vested in the Commission shall, on the vesting date, be vested in the Authority. (6) In the case of properties, rights, interests, obligations and liabilities arising under any loan which are vested in the Authority on the vesting date, the Authority may enter into agreements or arrangements over the properties, rights, interests, obligations and liabilities with any other person.

Malay text (authoritative)

Peletakhakan harta, dsb.

(1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Suruhanjaya yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan. (2) Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebelum tarikh peletakhakan itu. (3) Mana-mana tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pihak Berkuasa. (4) Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 828] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Pihak Berkuasa. (5) Mana-mana harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pihak Berkuasa. (6) Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Pihak Berkuasa pada tarikh peletakhakan, Pihak Berkuasa boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.

Read this section in the full act →

Find Act 856 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next