My bookmarksSign up free
← Malaysia Border Control and Protection Agency Act 2024

Malaysia Border Control and Protection Agency Act 2024 s 2

Malaysia Border Control and Protection Agency Act 2024 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “Agency” means the Malaysia Border Control and Protection Agency established under section 3; “goods” has the same meaning assigned to it in the Customs Act 1967 [Act 235]; “prescribed area” means any area specified in the First Schedule comprising— (a) any immigration control post, authorized landing place, authorized airport or authorized point of entry, prescribed under the Immigration Act 1959/63 [Act 155]; (b) any legal landing place, customs port, customs airport or place of import and export by road or railway, prescribed under the Customs Act 1967; (c) any entry point, quarantine station or quarantine premises, specified or declared under the Malaysian Quarantine and Inspection Services Act 2011 [Act 728]; (d) any free zone declared under the Free Zones Act 1990 [Act 438]; or (e) any quarantine station declared under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342]; “Director General” means the Director General of Malaysia Border Control and Protection Agency appointed under subsection 4(1); “Minister” means the Minister charged with the responsibility for home affairs; “ o ff i c e r o f t h e A g e n c y ” m e a n s t h e o ff i c e r o f t h e Malaysia Border Control and Protection Agency appointed under subsection 5(1), and includes the Director General and the Deputy Director General of the Agency; “competent authorities” includes any ministry, department, office, agency, authority, commission, committee, board, council or other body, of the Federal Government or of any State Government established under any written law or otherwise, which is responsible for the implementation and enforcement of the relevant written laws; “relevant written laws” means the federal written laws specified in the Second Schedule and includes any subsidiary legislation made under the written laws.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Agensi” ertinya Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “barang-barang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “kawasan yang ditetapkan” ertinya mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang merangkumi— (a) mana-mana pos kawalan imigresen, tempat mendarat yang dibenarkan, lapangan terbang yang dibenarkan atau pintu masuk yang dibenarkan, yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]; (b) m a n a - m a n a t e m p a t m e n d a r a t y a n g s a h d i s i s i undang-undang, pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam atau tempat import dan eksport melalui jalan atau kereta api, yang ditetapkan di bawah Akta Kastam 1967; (c) mana-mana pintu masuk, stesen kuarantin atau premis kuarantin, yang dinyatakan atau diisytiharkan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]; (d) mana-mana zon bebas yang diisytiharkan di bawah Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; atau (e) mana-mana stesen kuarantin yang diisytiharkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1); “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri; “pegawai Agensi” ertinya pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi; “pihak berkuasa berwibawa” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, bagi Kerajaan Persekutuan atau bagi mana-mana Kerajaan Negeri yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya, yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang bertulis yang berkaitan; “undang-undang bertulis yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis persekutuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang bertulis itu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 860 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next