My bookmarksSign up free
← Energy Efficiency and Conservation Act 2024

Energy Efficiency and Conservation Act 2024 s 3

Energy Efficiency and Conservation Act 2024 s 3

s 3 Application

(1) This Act shall apply to— (a) any energy consumer whose energy consumption for a period of twelve consecutive months equals to or exceeds the energy consumption threshold as may be prescribed; (b) any building as described in the Third Schedule; and (c) any energy-using product as specified in the guidelines. (2) The Commission shall, on the basis of any information or evidence available to the Commission and in accordance with the guidelines, ascertain— (a) whether a person is an energy consumer to whom this Act applies under paragraph (1)(a); and (b) whether a building is a building to which this Act applies under paragraph (1)(b). (3) The Commission shall, having ascertained that a person is an energy consumer to whom to this Act applies, issue a written notice to such person notifying that he is an energy consumer to whom this Act applies. (4) The Commission shall, having ascertained that a building is a building to which this Act applies, issue a written notice to the person in charge of the building notifying that the building is a building to which this Act applies. (5) For the purposes of paragraph (1)(a), the energy consumption shall be in respect of an activity, business or trade of the energy consumer carried out in one place.

Malay text (authoritative)

Pemakaian

(1) Akta ini hendaklah terpakai bagi— (a) mana-mana pengguna tenaga yang penggunaan tenaganya bagi suatu tempoh dua belas bulan berturut-turut bersamaan dengan atau melebihi ambang penggunaan tenaga sebagaimana yang ditetapkan; (b) apa-apa bangunan sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual Ketiga; dan (c) apa-apa produk menggunakan tenaga sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan. (2) Suruhanjaya hendaklah, berdasarkan apa-apa maklumat atau keterangan yang tersedia kepada Suruhanjaya dan mengikut garis panduan, menentukan— (a) sama ada seseorang itu merupakan pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai di bawah perenggan (1)(a); dan (b) sama ada sesuatu bangunan itu merupakan bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai di bawah perenggan (1)(b). (3) Suruhanjaya hendaklah, setelah menentukan bahawa seseorang itu merupakan pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai, mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang itu yang memberitahu bahawa orang itu merupakan pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai. (4) Suruhanjaya hendaklah, setelah menentukan bahawa sesuatu bangunan itu merupakan bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu yang memberitahu bahawa bangunan itu merupakan bangunan yang baginya Akta ini terpakai. (5) Bagi maksud perenggan (1)(a), penggunaan tenaga hendaklah berkenaan dengan suatu aktiviti, perniagaan atau perdagangan pengguna tenaga yang dijalankan di satu tempat.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 861 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next