My bookmarksSign up free
← Energy Efficiency and Conservation Act 2024

Energy Efficiency and Conservation Act 2024 s 9

Energy Efficiency and Conservation Act 2024 s 9

s 9 Energy audit report

(1) A registered energy auditor appointed by an energy consumer to whom this Act applies under subsection 8(2) shall prepare an energy audit report based on the energy audit conducted under subsection 8(1) in accordance with the guidelines. (2) The energy consumer in respect of whom the energy audit report has been prepared under subsection (1) shall submit such energy audit report to the Commission within the period and in such manner as may be prescribed. (3) The energy consumer may, after submitting his first energy audit report and within the period as may be prescribed, apply to the Commission to be exempted from submitting the subsequent energy audit reports within the period as may be prescribed under subsection (2) if the energy consumer is able to show to the satisfaction of the Commission that after a considerable period of time he has implemented significant energy efficiency and conservation measures and such implementation of measures has resulted in improvement in energy efficiency in carrying out his activity, business or trade. (4) Upon receipt of the application under subsection (3) and being satisfied with the application for exemption, the Commission may approve such application and issue a written notice of exemption to the energy consumer. (5) The exemption given under subsection (4) shall take effect from the date specified in the written notice of exemption. (6) Upon receipt of an energy audit report from the energy consumer under subsection (2), the Commission may request the energy consumer to give any additional information, particulars or document relating to the energy audit report as the Commission thinks necessary and if the energy consumer fails to give such additional information, particulars or document, the energy audit report may be refused by the Commission. (7) Upon perusal of the energy audit report and if— (a) the Commission finds that the energy audit report has not been prepared in accordance with the guidelines; or (b) in the opinion of the Commission, the content of the energy audit report is insufficient, the Commission may direct the energy consumer to rectify the energy audit report within the period and in such manner as may be determined by the Commission. (8) Where the Commission directs the energy consumer to rectify the energy audit report under subsection (7) and the energy consumer fails to rectify the energy audit report as directed by the Commission, the Commission shall further direct the energy consumer to submit a new energy audit report within the period as may be determined by the Commission. (9) Subsection (1) shall apply in respect of the preparation of the new energy audit report under subsection (8). (10) Any energy consumer who fails to submit the energy audit report under subsection (2) or (8) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Laporan audit tenaga

(1) Juruaudit tenaga berdaftar yang dilantik oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai di bawah subseksyen 8(2) hendaklah menyediakan suatu laporan audit tenaga berdasarkan audit tenaga yang dijalankan di bawah subseksyen 8(1) mengikut garis panduan. (2) Pengguna tenaga yang berkenaan dengannya laporan audit tenaga telah disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan audit tenaga itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan. (3) Pengguna tenaga boleh, selepas mengemukakan laporan audit tenaganya yang pertama dan dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, memohon kepada Suruhanjaya supaya dikecualikan daripada mengemukakan laporan audit tenaga selanjutnya dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) jika pengguna tenaga itu berupaya untuk menunjukkan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya bahawa selepas sebahagian besar tempoh masa dia telah melaksanakan langkah-langkah kecekapan dan konservasi tenaga yang penting dan pelaksanaan langkah-langkah itu telah menyebabkan penambahbaikan dalam kecekapan tenaga dalam menjalankan aktiviti, perniagaan atau perdagangannya. (4) Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (3) dan apabila berpuas hati dengan permohonan bagi pengecualian itu, Suruhanjaya boleh meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu notis pengecualian bertulis kepada pengguna tenaga itu. (5) Pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (4) hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh yang dinyatakan dalam notis pengecualian bertulis itu. (6) Apabila menerima suatu laporan audit tenaga daripada pengguna tenaga di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh meminta pengguna tenaga itu untuk memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan laporan audit tenaga sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya dan jika pengguna tenaga tidak memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan itu, laporan audit tenaga itu boleh ditolak oleh Suruhanjaya. (7) Apabila meneliti laporan audit tenaga dan jika— (a) Suruhanjaya mendapati bahawa laporan audit tenaga itu tidak disediakan mengikut garis panduan; atau (b) pada pendapat Suruhanjaya, kandungan laporan audit tenaga itu tidak memadai, Suruhanjaya boleh mengarahkan pengguna tenaga itu untuk membetulkan laporan audit tenaga itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (8) Jika Suruhanjaya mengarahkan pengguna tenaga untuk membetulkan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (7) dan pengguna tenaga tidak membetulkan laporan audit tenaga itu sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya hendaklah selanjutnya mengarahkan pengguna tenaga itu untuk mengemukakan laporan audit tenaga yang baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (9) Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan penyediaan laporan audit tenaga yang baharu di bawah subseksyen (8). (10) Mana-mana pengguna tenaga yang tidak mengemukakan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (2) atau (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 861 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next