My bookmarksSign up free
← Data Sharing Act 2025

Data Sharing Act 2025 s 3

Data Sharing Act 2025 s 3

s 3 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “public sector agency” means— (a) the agency in charge of the public services referred to in Clause (1) of Article 132 of the Federal Constitution, except the services referred to in paragraphs (f) and (g); and (b) any statutory authority exercising powers vested in it by a federal law; “data” means any facts, statistics, instructions, concepts or other information in a form that is capable of being communicated, analyzed or processed, whether by an individual or a computer or other means; “document” has the same meaning assigned to it under the Evidence Act 1950 [Act 56]; “data integration” means the process of combination of data; “Committee” means the National Data Sharing Committee established under section 5; “data analytics work” means the examination and analysis of data for the purpose of drawing conclusions as a result of that examination and analysis; “Director General” means the Director General of the National Digital Department; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for digital related matters; “data provider” means the public sector agency that shares data to a data recipient under Part IV; “data recipient” means the public sector agency to which data is shared under Part IV.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “agensi sektor awam” ertinya— (a) agensi yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, kecuali perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (f) dan (g); dan (b) mana-mana pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak hak padanya menurut undang-undang persekutuan; “data” ertinya apa-apa fakta, statistik, arahan, konsep atau maklumat lain dalam bentuk yang boleh disampaikan, dianalisis atau diproses, sama ada oleh individu atau komputer atau cara lain; “dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “integrasi data” ertinya proses gabungan data; “Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Perkongsian Data Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 5; “kerja analitik data” ertinya pemeriksaan dan analisis data bagi maksud membuat kesimpulan hasil daripada pemeriksaan dan analisis itu; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital; “pembekal data” ertinya agensi sektor awam yang berkongsi data kepada penerima data di bawah Bahagian IV; “penerima data” ertinya agensi sektor awam yang kepadanya data dikongsikan di bawah Bahagian IV.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 864 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next