My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 32

Online Safety Act 2025 s 32

s 32 Power to gather information

(1) Notwithstanding any other written law, if the Commission has reasonable grounds to believe that any person— (a) has any information, particulars or document that is relevant to the performance of the Commission’s functions and powers under this Act; or (b) is capable of giving any evidence which the Commission has reasonable grounds to believe that the evidence is relevant to the performance of the Commission’s functions and powers under this Act, the Commission may, by notice in writing, direct that person— (A) to give any such information or particulars to the Commission in the form and manner and within the period as may be specified in the notice or such extended period as the Commission may grant; (B) to produce any such document, whether in physical form or in electronic media, to the Commission in the manner and within the period as may be specified in the notice or such extended period as the Commission may grant; (C) to make copies of any such document and to produce those copies to the Commission in the manner and within the period as may be specified in the notice or such extended period as the Commission may grant; (D) if the person is an individual, to appear before an authorized officer at the time and place as may be specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing, and produce any document, whether in physical form or in electronic media, in the manner and within the period as may be specified in the notice or such extended period as the Commission may grant; (E) if the person is a body corporate or a public body, to cause a competent officer of the body corporate or public body to appear before an authorized officer at the time and place specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing, and produce any document, whether in physical form or in electronic media, in the manner and within the period as may be specified in the notice or such extended period as the Commission may grant; or (F) if the person is a partnership, to cause an individual who is a partner in the partnership or an employee of the partnership to appear before an authorized officer at the time and place specified in the notice to give any evidence, either orally or in writing, and produce any document, whether in physical form or in electronic media, in the manner and within the period as may be specified in the notice or such extended period as the Commission may grant. (2) Where the Commission directs any person to produce any document under subsection (1) and the document is not in the custody of that person, that person shall— (a) state, to the best of his knowledge and belief, where the document may be found; and (b) identify, to the best of his knowledge and belief, the last person who had custody of the document and state, to the best of his knowledge and belief, where that person who had custody of the document may be found. (3) Any person directed to give or produce any information, particulars or documents or copies of any document under subsection (1), shall ensure that the information, particulars or documents or copies of the document given or produced are true, accurate, complete and not misleading and such person shall provide an express representation to that effect, including a declaration that he is not aware of any other information, particulars or document which would make the information, particulars or document given or produced untrue or misleading. (4) Where any person discloses any information or particulars or produces any document in response to a notice in writing under this section, such person, his agent or employee, or any other person acting on his behalf or under his directions, shall not, by reason only of such disclosure or production, be liable to prosecution for any offence under any written law, or to any proceedings or claim by any person under any law or under any contract, agreement or arrangement, or otherwise. (5) Subsection (4) shall not bar, prevent or prohibit the institution of any prosecution for any offence as provided by this section or for the disclosure or production of false information or document in relation to a notice in writing under this section furnished to the Commission pursuant to this section. (6) Any person who fails to comply with the directions of the Commission under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit and shall be liable to a further fine not exceeding one hundred thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction. (7) Any person who contravenes subsection (2) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit. (8) Any person who intentionally alters, suppresses or destroys any information, particulars or documents which he has been directed to give or produce pursuant to a notice in writing under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengumpul maklumat

(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang— (a) mempunyai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau (b) berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan orang itu— (A) supaya memberikan apa-apa maklumat atau butir-butir sedemikian kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; (B) supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, kepada Suruhanjaya mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; (C) supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada Suruhanjaya mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; (D) jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; (E) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; atau (F) jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya. (2) Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah— (a) menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan (b) mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu boleh dijumpai. (3) Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1), hendaklah memastikan bahawa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu adalah benar, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak mengetahui mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain yang akan menjadikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu tidak benar atau mengelirukan. (4) Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau butir-butir atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada notis secara bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya. (5) Subseksyen (4) tidaklah menghalang, mencegah atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau bagi penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis secara bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Suruhanjaya menurut seksyen ini. (6) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit. (8) Mana-mana orang yang dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dia diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan menurut notis secara bertulis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next