My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 40

Online Safety Act 2025 s 40

s 40 Establishment of Online Safety Appeal Tribunal

(1) There shall be established an Online Safety Appeal Tribunal for the purpose of reviewing— (a) any written instruction issued by the Commission referred to in subsection 23(8) or 25(1) or section 27; (b) any determination made by the Commission referred to in subsection 25(5); (c) any directions issued by the Commission under section 30; and (d) any decision of a review of a notice of non-compliance made by the Commission under section 38. (2) The Minister shall, by order published in the Gazette, appoint the members of the Online Safety Appeal Tribunal as follows: (a) a Chairman who shall be appointed from amongst the Judges of the High Court; and (b) at least two other members, or such greater even number of members from amongst persons who have knowledge or experience in the field of communications and multimedia, engineering, law, economics or commerce or public administration or in any other fields as the Minister deems fit. (3) A member of the Online Safety Appeal Tribunal shall hold office for a term not exceeding three years and shall be eligible for reappointment upon expiry of his term of office.

Malay text (authoritative)

Penubuhan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

(1) Suatu Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah ditubuhkan bagi maksud mengkaji semula— (a) apa-apa suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 23(8) atau 25(1) atau seksyen 27; (b) apa-apa penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 25(5); (c) apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 30; dan (d) apa-apa keputusan kajian semula notis ketidakpatuhan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 38. (2) Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melantik anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian seperti yang berikut: (a) Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan Hakim Mahkamah Tinggi; dan (b) sekurang-kurangnya dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan genap anggota yang lebih banyak dalam kalangan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang komunikasi dan multimedia, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi atau perdagangan atau pentadbiran awam atau dalam apa-apa bidang lain yang disifatkan patut oleh Menteri. (3) Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula selepas habis tempoh jawatannya.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next