My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 54

Online Safety Act 2025 s 54

s 54 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he considers necessary, that there is reasonable cause to believe that an offence under this Act is being or has been committed on any premises, or that any evidence or thing which is necessary to the conduct of an investigation into an offence may be found in any premises, the Magistrate may issue a warrant authorizing any authorized officer named in it, to enter the premises at any reasonable time by day or by night, with or without assistance and if need be by force, and there to search for and seize any such evidence or thing. (2) Without affecting the generality of subsection (1), the warrant issued by the Magistrate may authorize the search and seizure of— (a) any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet or notice, which contains or are reasonably suspected to contain information as to any offence so suspected to have been committed; or (b) any other document, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence. (3) An authorized officer conducting a search under subsection (1) may, for the purpose of investigating into the offence, search any person who is in or on the premises. (4) An authorized officer making a search on a person under subsection (3) may seize, or take possession of, and place in safe custody all things, other than the necessary clothing, found upon the person, and any other things, for which there is reason to believe that they are the instruments or evidence of the crime, and in so far as the search is for the investigation of an offence all such things may be detained until the discharge or acquittal of the person. (5) Whenever it is necessary to cause a woman to be searched, the search shall be made by another woman with strict regard to decency. (6) If, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter seized under this section, the seizing officer shall, by any means, seal such book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter in the premises or container in which it is found. (7) A person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (6) or removes any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter under seal or attempts to do so commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit. (8) If a search under this section indicates that there is any interference-causing equipment, radio apparatus or radio-sensitive equipment, the authorized officer may direct that necessary steps be taken to ensure an interference-free environment.

Malay text (authoritative)

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, atau bahawa apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan sesuatu penyiasatan suatu kesalahan boleh dijumpai di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberikan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu secara paksa, dan di premis itu menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda sedemikian. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberikan kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan— (a) mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; atau (b) apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan lain yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu. (3) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan peralatan atau keterangan bagi jenayah itu, dan setakat yang penggeledahan itu adalah bagi penyiasatan suatu kesalahan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan. (5) Bilamana perlu untuk memeriksa seorang wanita, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang wanita lain dengan penuh kesopanan. (6) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu di dalam premis atau bekas tempat ia dijumpai. (7) Seorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau mengalihkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit. (8) Jika suatu penggeledahan di bawah seksyen ini menunjukkan bahawa terdapat apa-apa kelengkapan yang menyebabkan gangguan, radas radio atau kelengkapan yang peka radio, pegawai diberi kuasa itu boleh mengarahkan supaya langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan persekitaran yang bebas gangguan.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next