Online Safety Act 2025 s 62
s 62 Obstruction
Any person who—
(a) refuses any authorized officer access to any premises which such authorized officer is entitled to have under this Act or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act;
(b) assaults, obstructs, hinders or delays any authorized officer in effecting any entry which the authorized officer is entitled to effect under this Act, or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act;
(c) refuses to give any authorized officer any information relating to an offence or suspected offence under this Act or any other information which the person has in his knowledge or power to give;
(d) rescues or endeavours to rescue or causes to be rescued anything which has been duly seized; or
(e) destroys anything to prevent the seizure or the securing of the things,
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit.
Malay text (authoritative)
Halangan
Mana-mana orang yang—
(a) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa itu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang orang itu ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk diberikan;
(d) mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan untuk diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya; atau
(e) memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkannya daripada disita atau didapatkannya,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Read this section in the full act → · Open Part VIII →
Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).