(1) The Minister may, with the approval of the Public Prosecutor, make regulations prescribing—
(a) any offence under this Act as an offence which may be compounded; and
(b) the method and procedure for compounding such offence.
(2) The Chairman of the Commission may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act prescribed to be a compoundable offence by making an offer in writing to the person suspected to have committed the offence to compound the offence upon payment to the Chairman of the Commission of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within such time as may be specified in his offer.
(3) An offer under subsection (2) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for it has been instituted.
(4) If the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer, or such extended time as the Chairman of the Commission may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(5) Where an offence has been compounded under this section—
(a) no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made; and
(b) any document or thing seized in connection with the offence may be released by the Chairman of the Commission, subject to such terms as the Chairman of the Commission thinks fit.
(6) All sums of money received by the Chairman of the Commission under this section shall be paid into and form part of the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Pengkompaunan kesalahan
(1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—
(a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b) kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2) Pengerusi Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran secara bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pengerusi Suruhanjaya suatu amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawarannya itu.
(3) Tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(4) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Pengerusi Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(5) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
(a) tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
(b) apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pengerusi Suruhanjaya, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengerusi Suruhanjaya.
(6) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pengerusi Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).