Online Safety Act 2025 s 8
s 8 Vacation of office of members of Committee
The office of a member of the Committee referred to in paragraphs 5(2)(a), (j), (k) and (l) shall be vacated—
(a) if he dies;
(b) if there has been proved against him, or he has been convicted on, a charge in respect of—
(i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude;
(ii) an offence under any law relating to corruption; or
(iii) any other offence punishable with imprisonment, whether in itself only or in addition to or in lieu of a fine, for more than two years;
(c) if his conduct, whether in connection with his duties as a member of the Committee or otherwise, has been such as to bring discredit on the Committee;
(d) if he becomes a bankrupt or insolvent;
(e) if he becomes of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties;
(f) in the case of the Chairman, if he absents himself from three consecutive meetings of the Committee without leave in writing of the Minister;
(g) in the case of a member of the Committee other than the Chairman, if he absents himself from three consecutive meetings of the Committee without leave in writing of the Chairman;
(h) if his appointment has been revoked by the Minister; or
(i) if his resignation has been accepted by the Minister.
Malay text (authoritative)
Pengosongan jawatan anggota Jawatankuasa
Jawatan seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 5(2)(a), (j), (k) dan (l) hendaklah menjadi kosong—
(a) jika dia meninggal dunia;
(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
(c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Jawatankuasa atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Jawatankuasa;
(d) jika dia menjadi bankrap atau tidak solven;
(e) jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(f) dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Menteri secara bertulis;
(g) dalam hal seseorang anggota Jawatankuasa selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi secara bertulis;
(h) jika pelantikannya telah dibatalkan oleh Menteri; atau
(i) jika peletakan jawatannya telah diterima oleh Menteri.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).