(1) The Commission may issue any guidelines as may be expedient or necessary for the better carrying out of the provisions of this Act and for the purpose of ensuring compliance with this Act.
(2) Without prejudice to subsection (1), the Commission may issue any code for the purposes of compliance of duties under Part III by the licensed applications service provider or licensed content applications service provider.
(3) Every guidelines and code issued under this section shall be published by the Commission in the manner as may be determined by the Commission.
(4) The Commission may revoke, vary, revise or amend the whole or any part of any guidelines or code issued under this section.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan dan kod
(1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan kepada Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa kod bagi maksud pematuhan kewajipan di bawah Bahagian III oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen.
(3) Setiap garis panduan dan kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(4) Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa garis panduan atau kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).