My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 84

Online Safety Act 2025 s 84

s 84 Service or notification of written instruction, etc.

(1) Every written instruction, notice in writing, directions or any other document required by this Act to be served on or notified to any person may be served or notified— (a) personally upon the person; (b) by sending it to the person by registered post; or (c) by way of electronic transmission. (2) A written instruction, notice in writing, directions or other document sent to a person by registered post shall be deemed to have been served on or notified to that person at the time at which it would have been delivered to that person in the ordinary course of the post if the written instruction, notice in writing, directions or other document was addressed— (a) in the case of a company, a firm, a society, an association or other body of persons— (i) to its registered office; (ii) to its last-known address; or (iii) to any person authorized by it to accept service of process; and (b) in the case of an individual, to his last-known address. (3) Where a person has given his consent for a written instruction, notice in writing, directions or other document to be served on or notified to him through the electronic service, the written instruction, notice in writing, directions or other document shall be deemed to have been served and notified at the time when the electronic notice is transmitted to his account through the electronic service. First Schedule [Section 4] HARMFUL CONTENT 1. Content on child sexual abuse material as provided for under section 4 of the Sexual Offences against Children Act 2017 [Act 792] 2. Content on financial fraud 3. Obscene content including content that may give rise to a feeling of disgust due to lewd portrayal which may offend a person’s manner on decency and modesty 4. Indecent content including content which is profane in nature, improper and against generally accepted behavior or culture 5. Content that may cause harassment, distress, fear or alarm by way of threatening, abusive or insulting words or communication or act 6. Content that may incite violence or terrorism 7. Content that may induce a child to cause harm to himself 8. Content that may promote feelings of ill-will or hostility amongst the public at large or may disturb public tranquility 9. Content that promotes the use or sale of dangerous drugs Notes: (a) For the purposes of paragraph 2, a content that promotes awareness or education relating to financial fraud is not a content on financial fraud (b) For the purposes of paragraphs 3 and 4, a content that portrays private parts for education, scientific or medical purposes is not an obscene or indecent content (c) For the purposes of paragraph 9, a content that promotes awareness or education relating to drug abuse is not a content that promotes the use or sale of dangerous drugs Second Schedule [Section 4] PRIORITY HARMFUL CONTENT “Priority harmful content” means the contents referred to in paragraphs 1 and 2 of the First Schedule.

Malay text (authoritative)

Penyampaian atau pemberitahuan suruhan bertulis, dsb.

(1) Setiap suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan atau diberitahu kepada mana-mana orang boleh disampaikan atau diberitahu— (a) secara ke diri kepada orang itu; (b) dengan menghantar secara pos berdaftar kepada orang itu; atau (c) melalui penghantaran elektronik. (2) Suatu suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain yang dihantar kepada seseorang secara pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu kepada orang itu pada masa ia sepatutnya disampaikan kepada orang itu dalam penjalanan pos biasa jika suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain itu dialamatkan— (a) dalam hal syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain— (i) ke syarikat berdaftarnya; (ii) ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau (iii) kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan (b) dalam hal seseorang individu, ke alamatnya yang terakhir diketahui. (3) Jika seseorang telah memberikan persetujuannya bagi suatu suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain disampaikan atau diberitahukan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, suruhan bertulis, notis secara bertulis, arahan atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik itu. Jadual Pertama [Seksyen 4] KANDUNGAN MEMUDARATKAN 1. Kandungan mengenai bahan penganiayaan seksual kanak-kanak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] 2. Kandungan mengenai fraud kewangan 3. Kandungan lucah termasuk kandungan yang boleh menimbulkan rasa jijik kerana gambaran yang memberahikan yang boleh menyinggung adab kesopanan dan kehormatan seseorang 4. Kandungan sumbang termasuk kandungan yang bersifat tidak senonoh, tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan atau budaya yang diterima umum 5. Kandungan yang boleh menyebabkan gangguan, distres, ketakutan atau kebimbangan melalui perkataan atau komunikasi atau perbuatan mengugut, menghina atau mencela 6. Kandungan yang boleh mengapi-apikan keganasan atau terorisme 7. Kandungan yang boleh mendorong seseorang kanak-kanak untuk menyebabkan kemudaratan kepada dirinya 8. Kandungan yang boleh mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam amnya atau boleh mengganggu ketenangan orang awam 9. Kandungan yang menggalakkan penggunaan atau penjualan dadah berbahaya Nota: (a) Bagi maksud perenggan 2, kandungan yang mengalakkan kesedaran atau pendidikan yang berhubungan dengan fraud kewangan bukan merupakan kandungan mengenai fraud kewangan (b) Bagi maksud perenggan 3 dan 4, kandungan yang memaparkan alat sulit bagi maksud pendidikan, sains atau perubatan bukan merupakan kandungan lucah atau sumbang (c) Bagi maksud perenggan 9, kandungan yang mengalakkan kesedaran atau pendidikan yang berhubungan dengan penyalahgunaan dadah bukan merupakan kandungan yang menggalakkan penggunaan atau penjualan dadah berbahaya Jadual Kedua [Seksyen 4] KANDUNGAN MEMUDARATKAN PRIORITI “Kandungan memudaratkan prioriti” ertinya kandungan yang disebut dalam perenggan 1 dan 2 Jadual Pertama.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next