s 41 Application for licence
(1) A person intending to carry on a credit business as set out in paragraph 1 or paragraph 2 of Schedule 4 shall submit an application to the Commission or Registrar, as the case may be.
(2) The application under subsection (1) shall be—
(a) made to the Commission or Registrar, as the case may be, in such form and manner as may be specified by the Commission or the Registrar; and
(b) accompanied by payment of the prescribed fee and such information, particulars or document as may be specified by the Commission or Registrar, as the case may be.
(3) The Commission or the Registrar, as the case may be, may at any time after the receipt of an application under subsection (1)—
(a) conduct such inquiry as it may deem necessary, including conducting financial, professional, criminal or any other background checks of the applicant and controller, directors, partners and senior management of the applicant; and
(b) by a written notice require the applicant to furnish it with such document or information as the Commission or the Registrar, as the case may be, deems necessary in relation to the application.
(4) Where any additional document or information required under paragraph (3)(b) is not provided by the applicant within the period specified in the written notice or any extension of time granted by the Commission or the Registrar, as the case may be—
(a) the application shall not be further proceeded with, but without affecting the right of the applicant to make a fresh application; and
(b) there shall be no refund of the fee paid by the applicant.
(5) Where an applicant withdraws an application submitted under subsection (2)—
(a) it shall not affect the right of the applicant to make a fresh application after a period as may be specified by the Commission or the Registrar, as the case may be; and
(b) there shall be no refund of the fee paid by the applicant.
(6) Upon receipt of an application and payment of fee and submission of information, particulars or document under subsection
(2) and any additional document or information provided under paragraph (3)(b), the Commission or the Registrar, as the case may be, may consider such application.
(7) A licensed credit provider intending to carry on a subsequent credit business as set out in paragraph 1 or paragraph 2 of Schedule 4 shall submit another application to the Commission or Registrar, as the case may be, in accordance with this section.
(8) Nothing in this Act shall prohibit or restrict any licensed credit provider regulated by the Commission from carrying on an Islamic credit business in addition to its conventional credit business, provided that the licensed credit provider obtains the prior written approval of the Commission.
Malay text (authoritative)
Permohonan untuk lesen
(1) Seseorang yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4 hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a) dibuat kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar; dan
(b) disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—
(a) menjalankan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas pemohon dan pengawal, pengarah, pekongsi dan pengurusan kanan pemohon itu; dan
(b) melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon itu untuk memberinya apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan permohonan itu.
(4) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (3)(b) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a) permohonan itu tidak lagi boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu; dan
(b) tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
(5) Jika suatu pemohon menarik balik suatu permohonan yang telah dikemukakan di bawah subseksyen (2)—
(a) ia tidak akan menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu selepas suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b) tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
(6) Setelah menerima suatu permohonan dan bayaran fi serta pengemukaan maklumat, butir-butir atau dokumen di bawah subseksyen (2) dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberi di bawah perenggan (3)(b), Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mempertimbangkan permohonan itu.
(7) Suatu pemberi kredit berlesen yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan kredit yang berikutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4 hendaklah mengemukakan permohonan lain kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut seksyen ini.
(8) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh melarang atau menyekat mana-mana pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Suruhanjaya daripada menjalankan suatu perniagaan kredit Islam sebagai tambahan kepada perniagaan kredit konvensionalnya, dengan syarat pemberi kredit berlesen itu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya terlebih dahulu.