LawPlayer
My bookmarks
← Consumer Credit Act 2025

Consumer Credit Act 2025 s 89

Consumer Credit Act 2025 s 89

Act no.
Act 873
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Consumer Credit Act 2025 [Act 873], s 89

s 89 Duty to provide access to, and produce documents, information, etc.

(1) For the purposes of an examination under subsection 88(1), a person under examination and its director, partner or officer— (a) shall provide the Regulatory and Supervisory Authority access and produce to the Regulatory and Supervisory Authority its documents, securities held in respect of credit consumers’ transactions, titles, cash, premises, goods, things, property, apparatus, equipment, machinery, computer, computer output, system, data, programmes, information or article, within such time as specified by the Regulatory and Supervisory Authority; (b) shall give to the Regulatory and Supervisory Authority, orally or in writing, any information and explanation relating to its business and affairs or its agent within such time as specified by the Regulatory and Supervisory Authority; (c) shall allow the Regulatory and Supervisory Authority to copy or make extracts of any document referred to in paragraph (a); and (d) shall for the purposes of this section provide the Regulatory and Supervisory Authority with the necessary password, encryption code, decryption code, software or hardware and any other means required to enable comprehension of any program or data held in any computer or otherwise including in a form in which the information contained in a computer or otherwise can be taken away and in which it is visible and legible. (2) The Regulatory and Supervisory Authority may take possession of any document, securities held in respect of credit consumers’ transactions, titles, cash, goods, things, property, apparatus, equipment, machinery, computer, computer output, system, data, programmes, information or article to which it has access under subsection (1), if the Regulatory and Supervisory Authority is of the opinion that the documents, securities held in respect of credit consumers’ transactions, titles, cash, goods, things, property, apparatus, equipment, machinery, computer, computer output, system, data, programmes, information or article may be— (a) interfered with, destroyed, concealed or removed unless the Regulatory and Supervisory Authority takes possession of them; or (b) needed as evidence in any legal proceedings, whether civil or criminal, which may be instituted under this Act or any other written law. (3) For purposes of an examination under subparagraphs 88(2)(c)(ii) and (iii), a person under examination shall— (a) give to the Regulatory and Supervisory Authority such document, information or explanation as the Regulatory and Supervisory Authority may require within such period as it may specify; and (b) not be liable for a breach of a contract relating to, or a duty of, confidentiality for giving such document, information or explanation under paragraph (a). (4) Any person examined under section 88 shall appear before the Regulatory and Supervisory Authority at such place, and at such time, as may be specified by the Regulatory and Supervisory Authority. (5) Any person who contravenes subsection (1), paragraph (3)(a) or subsection (4), or refuses to allow possession by the Regulatory and Supervisory Authority under subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Kewajipan untuk memberi akses kepada, dan mengemukakan dokumen, maklumat, dsb.

(1) Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen 88(1), seseorang di bawah pemeriksaan dan pengarahnya, pekongsinya atau pegawainya— (a) hendaklah memberikan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu akses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dokumennya, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, premis, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu; (b) hendaklah memberikan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, secara lisan atau bertulis, apa-apa maklumat dan penjelasan yang berhubungan dengan perniagaannya dan hal ehwalnya atau ejennya dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu; (c) hendaklah membenarkan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu untuk membuat salinan atau membuat cabutan bagi apa-apa dokumen yang disebut dalam perenggan (a); dan (d) hendaklah bagi maksud seksyen ini memberi kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau selainnya termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer atau selainnya dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca. (2) Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh mengambil milik apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang ia mempunyai akses di bawah subseksyen (1), jika Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu berpendapat bahawa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu boleh— (a) diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu mengambil milik atasnya; atau (b) diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain. (3) B a g i m a k s u d s u a t u p e m e r i k s a a n d i b a w a h subperenggan 88(2)(c)(ii) dan (iii), seseorang di bawah pemeriksaan hendaklah— (a) memberi kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu apa-apa dokumen, maklumat atau penjelasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya; dan (b) tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau suatu kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah perenggan (a). (4) Mana-mana orang yang diperiksa di bawah seksyen 88 hendaklah hadir di hadapan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu di suatu tempat, dan pada suatu masa, sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), perenggan (3)(a) atau subseksyen (4), atau enggan membenarkan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu untuk mengambil milik di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Penggal 2 Kuasa penyiasatan

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Consumer Credit Act 2025, s 89 is headed “Duty to provide access to, and produce documents, information, etc” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Consumer Credit Act 2025, s 89 begins “(1) For the purposes of an examination under subsection 88(1), a person under examination and its director, partner or officer: (a) shall…”.
Location
Consumer Credit Act 2025, s 89 is placed under “Part VIII: EXAMINATION AND INVESTIGATION › Division 1: Examination powers”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Consumer Credit Act 2025, s 89 is s 88.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Consumer Credit Act 2025, s 89 is s 90.
Synced
LawPlayer last synced the text of Consumer Credit Act 2025 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Consumer Credit Act 2025, s 89 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next