Consumer Credit Act 2025 s 9
s 9 Board
(1) There shall be a Board of the Commission.
(2) The Board shall consist of the following members:
(a) an Executive Chairman who shall be the chairman of the Board;
(b) a Deputy Executive Chairman who shall be the deputy chairman of the Board;
(c) one member representing each of the following:
(i) the Ministry of Finance;
(ii) the Central Bank of Malaysia;
(iii) the Securities Commission Malaysia; and
(d) not more than four other members who shall have relevant knowledge and experience in matters relating to consumer credit or any other matter relevant to the functions of the Commission.
(3) The members of the Board including an alternate member of any member referred to in paragraph (2)(c) shall be appointed by the Minister, on the recommendation of the Board.
(4) The alternate members shall only be deemed to be members of the Board when attending meetings of the Board in place of the members referred to in paragraph (2)(c).
(5) The Board—
(a) shall be responsible for, and have oversight of the conduct of the business and affairs of the Commission;
(b) shall be responsible for policy objectives relating to the credit industry;
(c) shall be responsible for the general administration and monitoring of the overall governance of the Commission;
(d) shall be responsible for reviewing and approving the budget and strategic plan of the Commission; and
(e) shall be responsible for such other matters as may be provided under this Act.
(6) A member of the Board shall—
(a) at all times act honestly and in the best interest of the Commission and use reasonable diligence in the performance of his functions; and
(b) not make improper use of any information acquired or exercise any improper influence by virtue of his position to gain directly or indirectly an advantage for himself or for any other person.
Malay text (authoritative)
Lembaga
(1) Hendaklah ada suatu Lembaga Suruhanjaya.
(2) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) seorang Pengerusi Eksekutif yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga;
(b) seorang Timbalan Pengerusi Eksekutif yang hendaklah menjadi timbalan pengerusi Lembaga;
(c) seorang anggota yang mewakili setiap yang berikut:
(i) Kementerian Kewangan;
(ii) Bank Negara Malaysia;
(iii) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan
(d) tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dalam perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya.
(3) Anggota Lembaga termasuk seorang anggota silih ganti bagi mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c) hendaklah dilantik oleh Menteri, atas syor Lembaga.
(4) Anggota silih ganti itu hendaklah hanya disifatkan sebagai anggota Lembaga apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c).
(5) Lembaga—
(a) hendaklah bertanggungjawab bagi, dan mempunyai pemantauan ke atas penjalanan perniagaan dan hal ehwal Suruhanjaya;
(b) hendaklah bertanggungjawab bagi objektif dasar yang berhubungan dengan industri kredit;
(c) hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran am dan pengawasan keseluruhan tadbir urus Suruhanjaya;
(d) hendaklah bertanggungjawab bagi mengkaji semula dan meluluskan belanjawan dan pelan strategik Suruhanjaya; dan
(e) hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(6) Seorang anggota Lembaga hendaklah—
(a) pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam melaksanakan fungsinya; dan
(b) tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
Read this section in the full act → · Open Division 1 →
Find Act 873 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).