Cross-Border Insolvency Act 2026 s 35
s 35 Saving
(1) This Act shall apply only to cross-border insolvency proceedings commenced on or after the date of coming into operation of this Act.
(2) Any cross-border insolvency proceedings or application relating to cross-border insolvency commenced before the date of coming into operation of this Act shall continue to be dealt with in accordance with the law in force immediately before the date of coming into operation of this Act.
(3) Any order, direction, decision, act or proceedings made, given, undertaken or done under any written law relating to cross-border insolvency before the date of coming into operation of this Act, and any right, obligation or liability accrued thereunder, shall, in so far as it is not inconsistent with the provisions of this Act, continue to remain valid and enforceable.
(4) Nothing in this Act shall affect the rights and remedies of any creditor arising or accrued under the law applicable before the date of coming into operation of this Act, unless otherwise agreed by the relevant parties or directed by the Court under this Act.
Schedule
[Paragraph 3(2)(d), subsection 5(2) and paragraph 20(3)(c)]
Malay text (authoritative)
Kecualian
(1) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi prosiding insolvensi rentas sempadan yang dimulakan pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Mana-mana prosiding insolvensi rentas sempadan atau permohonan yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan yang dimulakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus diuruskan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3) Apa-apa perintah, arahan, keputusan, perbuatan atau prosiding yang dibuat, diberikan, diambil atau dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan insolvensi rentas sempadan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dan apa-apa hak, kewajipan atau liabiliti yang terakru di bawahnya, hendaklah, setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, terus kekal sah dan boleh dikuatkuasakan.
(4) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak dan remedi mana-mana pemiutang yang berbangkit atau terakru di bawah undang-undang yang terpakai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak yang berkaitan atau diarahkan oleh Mahkamah di bawah Akta ini.
Jadual
[Perenggan 3(2)(d), subseksyen 5(2) dan perenggan 20(3)(c)]
Read this section in the full act β Β· Open Part VI β
Find Act 877 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).