In this Act, unless the context otherwise requires—
“trust account” means a trust account referred to in section 14;
“legal aid” means legal aid services as specified in section 15;
“judge” means—
(a) a judge of a court established by Part IX of the Federal Constitution and includes a Sessions Court Judge or a Magistrate; or
(b) a judge of a Syariah Subordinate Court, Syariah High Court, Syariah Court of Appeal or Syariah Supreme Court;
“child” has the meaning assigned to it in the Child Act 2001 [Act 611];
“Chief Public Defender” means the Chief Public Defender appointed under subsection 4(1);
“Director General” means the Director General of Legal Aid appointed under subsection 3(1);
“public defence services” means public defence services pursuant to Part IV;
“advocacy costs” means the costs which the Director General is entitled to receive from the aided person or aided accused for any legal action to be taken and any expenses incurred in carrying out any advocacy matter arising in any proceedings conducted in any court;
“court” means—
(a) a court established under Part IX of the Federal Constitution; and
(b) the Syariah Subordinate Court, the Syariah High Court, the Syariah Court of Appeal or the Syariah Supreme Court;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for legal affairs and legal aid;
“aided person” means—
(a) a person who has been given a legal aid certificate under Chapter 3 or 4 of Part III; or
(b) a person who has been given legal aid services under Chapter 2 or 5 of Part III;
“panel of solicitors” means a panel of solicitors under section 7 or 8;
“public defender officer” means a public defender officer appointed under subsection 4(1);
“appointed officer” means an officer appointed under subsection 3(1);
“solicitor” means—
(a) for the purposes of civil and criminal courts, an advocate and solicitor of the High Court admitted and enrolled under the Legal Profession Act 1976 [Act 166] or under any relevant written law; and
(b) for the purposes of syariah courts, a Peguam Syarie who has been admitted as a Peguam Syarie in the Syariah High Court in the Federal Territories or any relevant States, and registered under the Syarie Legal Profession (Federal Territories) Act 2019 [Act 814] or any relevant State enactment in relation to the syarie legal profession;
“assigned solicitor” means a solicitor from the panel of solicitors who is assigned to act on behalf of the Director General or the Chief Public Defender;
“mediator” means any person appointed under section 46;
“guardian” in relation to a child, shall include any person whom the Director General considers appropriate to be appointed as a litigation representative, next friend or guardian ad litem of the child for the purposes of legal actions and proceedings conducted by the Director General for the benefit of the child;
“electronic service” means electronic service provided by the Director General under section 62;
“remote communication technology” means a live video link, a live television link or any other electronic means of communication;
“aided accused” means a person who has been given a public defence certificate under Part IV;
“Deputy Director General” means the Deputy Director General of Legal Aid appointed under subsection 3(1).
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akaun amanah” ertinya akaun amanah yang disebut dalam seksyen 14;
“bantuan guaman” ertinya khidmat bantuan guaman sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 15;
“hakim” ertinya—
(a) hakim bagi mahkamah yang ditubuhkan oleh Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan dan termasuklah Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret; atau
(b) hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Utama Syariah;
“kanak-kanak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];
“Ketua Pembela Awam” ertinya Ketua Pembela Awam yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“khidmat pembelaan awam” ertinya khidmat pembelaan awam menurut Bahagian IV;
“kos kepeguaman” ertinya kos yang berhak diterima oleh Ketua Pengarah daripada orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu bagi apa-apa tindakan guaman yang perlu diambil dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan bagi menjalankan apa-apa perkara kepeguaman yang timbul dalam apa-apa prosiding yang dikendalikan dalam mana-mana mahkamah;
“mahkamah” ertinya—
(a) mahkamah yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan; dan
(b) Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Utama Syariah;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang dan bantuan guaman;
“orang yang dibantu” ertinya—
(a) seseorang yang telah diberikan suatu perakuan bantuan guaman di bawah Bab 3 atau 4 Bahagian III; atau
(b) seseorang yang telah diberikan khidmat bantuan guaman di bawah Bab 2 atau 5 Bahagian III;
“panel peguam” ertinya panel peguam di bawah seksyen 7 atau 8;
“pegawai pembela awam” ertinya seseorang pegawai pembela awam yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“pegawai yang dilantik” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“peguam” ertinya—
(a) bagi maksud mahkamah sivil dan jenayah, seseorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang diterima masuk sebagai peguam dan didaftaraikan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkenaan; dan
(b) bagi maksud mahkamah syariah, seseorang Peguam Syarie yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan atau mana-mana Negeri yang berkenaan, dan berdaftar di bawah Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814] atau mana-mana enakmen Negeri yang berkenaan berhubung dengan profesion guaman syarie;
“peguam yang ditugaskan” ertinya seseorang peguam daripada panel peguam yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihak Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam;
“pengantara” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 46;
“penjaga” berhubung dengan seseorang kanak-kanak, hendaklah termasuk mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah untuk dilantik sebagai wakil litigasi, sahabat wakil atau penjaga ad litem kanak-kanak itu bagi maksud tindakan dan prosiding guaman yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah bagi faedah kanak-kanak itu;
“perkhidmatan elektronik” ertinya perkhidmatan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 62;
“teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain;
“tertuduh yang dibantu” ertinya seseorang yang telah diberikan perakuan pembelaan awam di bawah Bahagian IV;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dilantik di bawah subseksyen 3(1).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).