My bookmarksSign up free
← Official Secrets Act 1972

Official Secrets Act 1972 s 13

Official Secrets Act 1972 s 13

s 13 Harbouring

(1) If any person who knows, or has reasonable grounds for suspecting that another person is about to commit or has committed an offence under this Act— (a) harbours that other person; or (b) permits those other persons to meet or assemble in any premises in his occupation or under his control, he shall be guilty of an offence punishable with imprisonment for a term not less than one year but not exceeding seven years. (2) If any person— (a) who has harboured or has permitted to meet or assemble as stated in subsection (1); and (b) who has information in his power relating to such persons, fails to disclose on demand such information to a police officer not below the rank of Inspector, he shall be guilty of an offence punishable with a fine not exceeding ten thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding seven years or with both. (3) In this section the word “harbour” includes the supplying a person with shelter, food, drink, money, clothes, arms, ammunition or means of conveyance or the assisting a person in any way to commit an offence under this Act.

Malay text (authoritative)

Melindungi

(1) Jika seseorang yang mengetahui, atau ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki, bahawa seseorang lain hampir hendak melakukan atau telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini— (a) melindungi orang lain itu; atau (b) membenarkan orang lain itu bertemu atau berhimpun di mana-mana premis yang didudukinya atau yang ada di bawah kawalannya, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun. (2) Jika seseorang— (a) yang telah melindungi atau telah membenarkan pertemuan atau perhimpunan seperti dinyatakan dalam subseksyen (1); dan (b) yang ada maklumat di bawah kuasanya berhubung dengan orang itu, tidak mendedahkan, apabila diminta, maklumat itu kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. (3) Dalam seksyen ini “melindung” termasuklah memberi seseorang tempat berlindung, makanan, minuman, wang, pakaian, senjata, peluru atau kenderaan, atau menolong seseorang dengan apa-apa cara bagi melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act →

Find Act 88 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next