My bookmarksSign up free
← Subordinate Courts Act 1948

Subordinate Courts Act 1948 s 107

Subordinate Courts Act 1948 s 107

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 107 Protection of judicial officers

(1) No Sessions Court Judge, Magistrate or other person acting judicially shall be liable to be sued in any civil court for any act done or ordered to be done by him in the discharge of his judicial duty, whether or not within the limits of his jurisdiction, nor shall any order for costs be made against him, provided that he at the time in good faith believed himself to have jurisdiction to do or order the act complained of. (2) No officer of any court or other person bound to execute the lawful warrants or orders of any Sessions Court Judge, Magistrate or other person acting judicially shall be liable to be sued in any civil court for the execution of any warrant or order which he would be bound to execute if within the jurisdiction of the person issuing the same. (3) No sheriff, bailiff or other officer of the court charged with the duty of executing any judgment, order or warrant of distress, or of attaching any property before judgment, shall be liable to be sued in any civil court in respect of any property seized by him, or in respect of damage caused to any property in effecting or attempting to effect the seizure, unless it shall appear that he knowingly acted in excess of the authority conferred upon him by the writ, warrant or order in question, and he shall not be deemed to have acted knowingly in excess of his authority merely by reason of knowing of the existence of a dispute as to the ownership of the property so seized.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pegawai kehakiman

(1) Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya di mana-mana mahkamah sivil bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan dilakukan olehnya dalam menunaikan tugas kehakimannya, sama ada atau tidak dalam had bidang kuasanya, dan juga tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati mempercayai bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan yang diadukan itu. (2) Tiada seorang pun pegawai mana-mana mahkamah atau orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah sivil kerana melaksanakan apa-apa waran atau perintah yang dia terikat untuk melaksanakannya jika dalam bidang kuasa orang itu yang mengeluarkan waran atau perintah itu. (3) Tiada seorang pun sherif, bailif atau pegawai lain mahkamah yang dipertanggungkan dengan kewajipan melaksanakan apa-apa penghakiman, perintah atau waran distres, atau menahan apa-apa harta sebelum penghakiman, boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah sivil berkenaan dengan apa-apa harta yang telah disita olehnya, atau berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang berlaku pada apa-apa harta dalam melaksanakan atau dalam percubaan untuk melaksanakan penyitaan itu, melainkan jika ternyata bahawa dia dengan disedarinya telah bertindak lebih daripada kuasa yang diberikan kepadanya oleh writ, waran atau perintah yang berkenaan itu, dan dia tidaklah boleh disifatkan telah bertindak dengan disedarinya lebih daripada kuasanya semata-mata atas sebab dia menyedari tentang adanya suatu pertikaian tentang pemunyaan harta yang disita sedemikian.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 92 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next