Subordinate Courts Act 1948 s 61
Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 61 Transfer of powers to Sessions Courts Judges
Subject to the provisions and limitations contained in this Act, all powers, duties and functions which, by any written law in force in Peninsular Malaysia or any part thereof at the date of the commencement of this Act, or by any law passed or made before the commencement of this Act and coming into force after such commencement in Peninsular Malaysia or any part thereof, were vested in or conferred or imposed upon, or expressed to be vested in, conferred or imposed upon or which would, if this Act had not been passed, have been vested in or conferred or imposed upon a District Judge, Magistrate of any description or Coroner of Peninsular Malaysia shall, without prejudice to section 80, be vested in, conferred and imposed upon a Sessions Court Judge, in the case of a law in force at the date of the commencement of this Act, upon and after that date, and in the case of a law coming into force after the commencement of this Act upon and after the date of the coming into force of that law.
* NOTE—For application in Sabah and Sarawak–see P.U. (A) 357/1980.
Malay text (authoritative)
Pemindahan kuasa kepada Hakim Mahkamah Sesyen
Tertakluk kepada peruntukan dan batasan yang terkandung dalam Akta ini, segala kuasa, tugas dan fungsi yang, melalui manamana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau melalui mana-mana undang-undang yang diluluskan atau dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa di Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya, telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas, atau dinyatakan sebagai diletakhakkan pada, diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas atau yang, jika Akta ini tidak diluluskan, sepatutnya telah diletakhakkan pada atau diberikan kepada atau dipertanggungkan ke atas seseorang Hakim Daerah, Majistret daripada apa-apa perihalan atau Koroner bagi Semenanjung Malaysia hendaklah, tanpa menjejaskan seksyen 80, diletakhakkan pada, diberikan kepada dan dipertanggungkan ke atas Hakim Mahkamah Sesyen, dalam hal undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, pada dan selepas tarikh itu, dan dalam hal undang-undang yang mula berkuat kuasa selepas permulaan kuat kuasa Akta ini pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang itu.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 92 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).