My bookmarksSign up free
← Petroleum Mining Act 1966

Petroleum Mining Act 1966 s 16

Petroleum Mining Act 1966 s 16

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 16 Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod

(1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod yang tepat dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang penggerudian, pemerdalaman, penutupan atau peninggalan semua telaga dan tentang apa-apa perubahan dalam selongsongnya. Rekod tersebut hendaklah mengandungi butir-butir perkara yang berikut: (a) tapak dan nombor yang diberikan kepada tiap-tiap telaga; (b) tanah bawah dan lintap yang melaluinya telaga digerudi; (c) selongsong yang dimasukkan ke dalam mana-mana telaga dan apaapa pengubahan terhadap selongsong itu; (d) apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian-galian lain yang ditemui; dan (e) apa-apa perkara lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa. *Potong mana-mana yang tidak berkenaan. (2) Pemegang lesen hendaklah menyimpan di Malaysia pelan geologi dan geofizik dan peta yang tepat yang berhubung dengan kawasan pengeksplorasian dan apa-apa rekod lain yang berhubungan dengannya yang perlu untuk memelihara segala maklumat yang dipunyai oleh pemegang lesen tentang kawasan pengeksplorasian itu. (3) Pemegang lesen hendaklah menyerahkan salinan rekod, pelan dan peta tersebut yang disebut dalam perenggan (1) dan (2) kepada Pihak Berkuasa Petroleum sebagaimana dan apabila dikehendaki.

Read this section in the full act →

Find Act 95 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next