My bookmarksSign up free
← Petroleum Mining Act 1966

Petroleum Mining Act 1966 s 17

Petroleum Mining Act 1966 s 17

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 17 Penyata

(1) Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum tiaptiap tiga bulan semasa lesen ini berkuat kuasa suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang perkembangan operasinya di kawasan pengeksplorasian itu. Penyata itu hendaklah mengandungi— (a) suatu pernyataan tentang kawasan tempat apa-apa kerja geologi, termasuk pengukuran dengan apa-apa cara geofizik, topografi atau kimia, telah dijalankan; (b) nombor yang diberikan kepada setiap telaga, dan dalam hal manamana telaga yang penggerudiannya telah dimulakan atau yang nombornya telah ditukar dalam bulan itu, koordinat tapak telaga itu; (c) suatu pernyataan tentang dalamnya penggerudian setiap telaga; dan (d) suatu pernyataan tentang apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian lain yang mempunyai nilai ekonomi yang ditemui dalam masa menjalankan operasi tersebut. (2) Dalam masa dua bulan selepas berakhir setiap tahun kalendar yang dalamnya lesen ini berkuat kuasa dan dalam masa dua bulan selepas berakhirnya atau tamatnya lesen ini pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang operasi yang dikendalikan olehnya dalam kawasan eksplorasi dalam tahun itu atau dalam tempoh sebelum berakhirnya atau tamatnya lesen ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama dengan suatu pelan berdasarkan skala yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang menunjukkan kedudukan semua telaga. Pemegang lesen hendaklah juga menunjukkan di atas pelan tersebut semua kerja yang dilakukan olehnya berkaitan dengan pencarian petroleum. (3) Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa maklumat lain, termasuk maklumat dalam bentuk peta dan pelan, tentang perkembangan operasinya dalam kawasan eksplorasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa.

Read this section in the full act →

Find Act 95 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next