My bookmarksSign up free
← Petroleum Mining Act 1966

Petroleum Mining Act 1966 s 27

Petroleum Mining Act 1966 s 27

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 27 Timbang tara

(l) Jika pada bila-bila masa apa-apa pertikaian, perselisihan atau persoalan berbangkit antara Kerajaan dan Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lesen tentang apa-apa perkara yang berbangkit di bawah atau oleh sebab lesen ini atau tentang hak masing-masing, dan liabiliti mereka yang berkenaan dengan lesen ini ia hendaklah dirujukkan kepada timbang tara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perenggan (2), kecuali jika diperuntukkan dengan nyata oleh lesen ini bahawa perkara atau benda yang berkaitan dengan pertikaian, perselisihan atau persoalan itu hendaklah ditentukan, diputuskan, diluluskan atau dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Petroleum. (2) Timbang tara yang disebut dalam perenggan (1) hendaklah, mengikut Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93], *oleh seorang penimbang tara yang, jika tiada persetujuan antara Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lessen tentang pelantikannya, hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan pada masa ini. J ADUAL (Kawasan Pengeksplorasian) Bertarikh...............di……......…………….pada..........20……. ............................................................... Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri *CATATAN—Akta ini dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] berkuat kuasa pada 15-03-2006 melalui P.U. (B) 65/2006–lihat seksyen 51 Akta 646. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act →

Find Act 95 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next