s 26 Kuasa pembatalan
(1) Jika mana-mana peristiwa yang dinyatakan dalam perenggan (2) berlaku dan dalam mana-mana hal itu Pihak Berkuasa Petroleum boleh membatalkan lesen ini dan sesudah itu lesen ini dan semua hak yang dengan ini diberikan hendaklah terhenti dan tamat tetapi walau bagaimanapun tertakluk kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa obligasi atau liabiliti yang ditanggung oleh pemegang lesen atau yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah terma dan syarat lesen ini. (2) Peristiwa yang disebut da1am perenggan (1) ialah— (a) apa-apa balasan yang kena dibayar di bawah lesen ini atau manamana bahagiannya yang menjadi tertunggak atau tidak dibayar selama tempoh dua bulan selepas sahaja mana-mana hari ia sepatutnya dibayar; (b) apa-apa kemungkiran atau ketidakpatuhan mana-mana terma dan syarat lesen ini oleh pemegang lesen; (c) kebankrapan pemegang lesen; (d) pembuatan oleh pemegang lesen apa-apa perkiraan atau komposisi dengan pemiutangnya; (e) jika pemegang lesen itu suatu syarikat, pelantikan penerima atau apa-apa pelikuidasian sama ada wajib atau sukarela.