My bookmarksSign up free
← Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958

Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958 s 2

Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “action in personam” shall not be deemed to include any matrimonial cause or any proceedings in connection with any matrimonial matters, administration of the estates of deceased persons, bankruptcy, winding up of companies, lunacy or guardianship of infants; “appeal” includes any proceeding by way of discharging or setting aside a judgment or an application for a new trial or a stay of execution; “country of the original court” means the reciprocating country in which the original court is situated; “judgment” means a judgment or order given or made by a court in any civil proceedings, or a judgment or order given or made by a court in any criminal proceedings for the payment of a sum of money in respect of compensation or damages to an injured party, and, except in relation to a country or territory outside the Commonwealth, includes an award in proceedings in an arbitration if the award has, pursuant to the law in force in the place where it was made, become enforceable in the same manner as a judgment given by a court in that place; and a judgment given in any court on appeal from a judgment given in the High Court shall be deemed to be a judgment given in the High Court; “judgment creditor” means the person in whose favour the judgment was given and includes any person in whom the rights under the judgment have become vested by succession or assignment or otherwise; “judgment debtor” means the person against whom the judgment was given, and includes any person against whom the judgment is enforceable under the law of the original court; “original court” in relation to any judgment means the court by which the judgment was given; “prescribed” means prescribed by rules of court; “reciprocating country” means any country or territory including the United Kingdom to which this Act for the time being applies and which is specified in the First Schedule; “registration” means registration under Part II, and the expressions “register” and “registered” shall be construed accordingly; “registering court” in relation to any judgment means the court to which an application to register the judgment is made; “superior courts” means the courts of a reciprocating country so described in the First Schedule.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah; “mahkamah asal” berhubung dengan apa-apa penghakiman ertinya mahkamah yang melaluinya penghakiman itu diberikan; “mahkamah atasan” ertinya mahkamah negara salingan yang diperihalkan sedemikian dalam Jadual Pertama; “mahkamah yang mendaftar” berhubung dengan apa-apa penghakiman ertinya mahkamah yang kepadanya suatu permohonan untuk mendaftarkan penghakiman itu dibuat; “negara mahkamah asal” ertinya negara salingan yang mahkamah asal terletak; “negara salingan” ertinya mana-mana negara atau wilayah termasuk United Kingdom yang baginya Akta ini terpakai pada masa ini dan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; “pemiutang penghakiman” ertinya orang yang penghakiman diberikan memihak kepadanya, dan termasuklah mana-mana orang yang padanya hak di bawah penghakiman itu terletak hak oleh sebab pewarisan atau penyerahhakan atau selainnya; “pendaftaran” ertinya pendaftaran di bawah Bahagian II, dan ungkapan “daftar” dan “didaftarkan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya; “penghakiman” ertinya suatu penghakiman atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh sesuatu mahkamah dalam apa-apa prosiding sivil, atau suatu penghakiman atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh sesuatu mahkamah dalam apa-apa prosiding jenayah bagi pembayaran sejumlah wang berkenaan dengan pampasan atau ganti rugi kepada pihak tercedera, dan, kecuali berhubung dengan suatu negara atau wilayah di luar Komanwel, termasuklah suatu award dalam prosiding timbang tara jika award itu, menurut undangundang yang berkuat kuasa di tempat award itu dibuat, boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti penghakiman yang diberikan oleh mahkamah di tempat itu; dan penghakiman yang diberikan dalam mana-mana mahkamah atas rayuan daripada suatu penghakiman yang diberikan di Mahkamah Tinggi hendaklah disifatkan sebagai penghakiman yang diberikan di Mahkamah Tinggi; “penghutang penghakiman” ertinya orang yang terhadapnya penghakiman diberikan, dan termasuklah mana-mana orang yang terhadapnya penghakiman itu boleh dikuatkuasakan di bawah undangundang mahkamah asal; “rayuan” termasuklah apa-apa prosiding dengan cara meyelesaikan atau mengetepikan sesuatu penghakiman atau permohonan bagi suatu perbicaraan baru atau suatu penggantungan pelaksanaan; “tindakan in personam” tidak boleh disifatkan sebagai termasuk apa-apa kausa hal ehwal suami isteri atau apa-apa prosiding yang berkaitan dengan apa-apa perkara hal ehwal suami isteri, pentadbiran harta pusaka orang yang mati, kebankrapan, penggulungan syarikat, gila atau penjagaan budak.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 99 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next