s 8 Objects
(1) The objects of a trust company may be any or all of, but shall not exceed, the following:
(a) to accept and execute the offices of executor, administrator, trustee, receiver, receiver and manager, assignee, liquidator, guardian of the property of an infant, committee of the estate of a mentally disordered person or other like office of a fiduciary nature;
(b) to act as attorney or agent for the collection, receipt and payment of money, and for winding up estates, and for the sale or purchase of any movable or immovable property;
(c) to act as agent for the management and control of movable and immovable property for and on behalf of the owners, or for or on behalf of executors, administrators or trustees;
(d) to act as investing and financial agent for and on behalf of executors, administrators and trustees or any other persons whatsoever, and to receive money in trust for investment and to allow interest thereon until invested; and to undertake for and on behalf of executors, administrators and trustees or any other persons whatsoever the negotiation of loans of all descriptions and the procuring and lending of money on the security of any description of property, immovable or movable, or without taking any security on such terms as may be arranged, and to advance and lend moneys to protect any estate, trust or property entrusted to the company as aforesaid and to charge interest upon any such advances:
Provided that nothing herein contained shall be held either to restrict or extend the powers of the company as trustee or agent under the terms of any trust or agency that may be conferred upon it;
(e) to take securities of such nature as are deemed expedient for any moneys owing to the company;
(f) to be the custodian on such terms as are agreed upon of any moneys, securities, jewellery, plate or other valuable property and of papers, documents, deeds, wills, debentures and other evidence of title or indebtedness;
(g) to receive and manage any sinking, redemption, guarantee or any other special fund or deposit and to act as agent for countersigning, registering or otherwise ascertaining and certifying the genuineness of any issue of shares, stocks, bonds, debentures or other securities for money of any government, municipal or other corporate body or of any association, whether incorporated or not, duly authorized to issue and make such issue and to hold any
such securities as agent or trustee, and to act generally as agent for any such government, municipal or corporate body or association;
(h) to acquire and hold immovable property for the actual use and occupation of the company or of any of its officers and servants; and to erect, construct, enlarge, alter and maintain any buildings necessary or convenient for the said purpose; and to sell or otherwise dispose of any such immovable property if not required for the said purposes;
(i) to hold land which, having been mortgaged or charged to the company, is acquired by it for the protection of its investments; and, from time to time, sell, mortgage, charge, lease or otherwise dispose thereof;
(j) to deposit the moneys of the company not immediately required with any bank at interest until the moneys can be more permanently invested, and to invest the moneys of the company in accordance with section 18;
(k) to borrow moneys, and secure the repayment thereof with interest, in accordance with section 20;
(l) to receive and collect such remuneration for its services as is agreed upon or as fixed or allowed from time to time by law, and all usual and customary charges, costs and expenses;
(m) to support and subscribe to any charitable or public object and to any institution, society or club which may be for the benefit of the company or its employees or may be connected with any town or place where the company carries on business; to give pensions, gratuities or charitable aid to any person who may serve or have served the company or to the wives, children or other relatives of those persons; to make payments towards insurance and to form and contribute to provident and benefit funds for the benefit of any person employed by the company: Provided that no such subscription, gift, payment or contribution shall be given or made, except out of profits of the company available for distribution as dividend;
(n) to carry on in Singapore and Brunei or in either of them, but not elsewhere except so far as may be incidental to and necessary for the proper performance of the duties of any office held by the company in Malaysia, Singapore, or Brunei, any business or to hold any office which a trust company is by this Act authorized to carry on or to hold in Malaysia;
(o) to acquire and undertake the whole or any part of the business of any person or company of a like nature to any business which a trust company is authorized to carry on, and in consideration for the acquisition to undertake all or any of the liabilities of the person or company and to issue shares to the person or company; and
(p) to do all such other things as are incidental or conducive to the attainment of the aforementioned objects or any of them.
(2) Nothing in this section shall be construed to authorize any trust company to engage in the business of banking, or insurance business, or the business of a deposit, provident or benefit society.
(3) No trust company shall carry on any business or execute any office other than the businesses or offices included in the objects set out in subsection (1).
PROBATE AND ADMINISTRATION
Malay text (authoritative)
Tujuan
(1) Tujuan sesuatu syarikat amanah boleh berupa mana-mana atau semua daripada, tetapi tidak boleh melebihi, seperti yang berikut:
(a) menerima dan melaksanakan jawatan wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima, penerima dan pengurus, pemegang serah hak, pelikuidasi, penjaga harta seorang budak, jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental atau jawatan seumpama itu yang lain yang berjenis fidusiari;
(b) bertindak sebagai wakil atau ejen bagi pemungutan, penerimaan dan pembayaran wang, dan bagi penggulungan estet atau harta pusaka, dan bagi penjualan atau pembelian apa-apa harta alih atau harta tak alih;
(c) bertindak sebagai ejen bagi menguruskan dan mengawal harta alih dan harta tak alih untuk dan bagi pihak pemunya harta itu, atau untuk atau bagi pihak wasi, pentadbir atau pemegang amanah;
(d) bertindak sebagai ejen pelaburan dan kewangan untuk dan bagi pihak wasi, pentadbir dan pemegang amanah atau mana-mana jua orang lain, dan menerima wang sebagai amanah bagi pelaburan dan membenarkan bunga atasnya sehingga dilaburkan; dan mengusahakan untuk dan bagi pihak wasi, pentadbir dan pemegang amanah atau manamana jua orang lain perundingan mengenai segala perihalan pinjaman dan memperoleh dan memberikan pinjaman wang atas cagaran apa-apa perihalan harta, tak alih atau alih, atau tanpa mengambil apa-apa sekuriti atas apa-apa terma sebagaimana yang diaturkan, dan memberikan pendahuluan dan meminjamkan wang untuk melindungi mana-mana estet atau harta pusaka, amanah atau harta yang diamanahkan kepada syarikat itu seperti yang disebut terdahulu dan mengenakan bunga atas pendahuluan itu: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen ini boleh dikira sama ada sebagai menyekat atau memperluaskan kuasa syarikat itu sebagai pemegang amanah atau ejen di bawah terma mana-mana amanah atau agensi yang boleh diberikan kepadanya;
(e) mengambil apa-apa jenis sekuriti sebagaimana yang difikirkan suai manfaat bagi apa-apa wang yang terhutang kepada syarikat;
(f) menjadi penyimpan atas apa-apa terma sebagaimana yang dipersetujui apa-apa wang, sekuriti, barang kemas, plet atau harta berharga lain dan kertas, dokumen, surat ikatan, wasiat, debentur dan keterangan lain mengenai hakmiilk atau keterhutangan;
(g) menerima dan menguruskan mana-mana dana terikat, kumpulan wang penebusan, kumpulan wang jaminan atau apa-apa kumpulan wang atau deposit khas lain dan bertindak sebagai ejen untuk menandatangani balas, mendaftarkan atau selainnya menentukan dan memperakui ketulenan apa-apa penerbitan syer, saham, bon, debentur atau sekuriti lain bagi wang mana-mana kerajaan, perbandaran atau pertubuhan perbadanan lain atau mana-mana persatuan, sama ada diperbadankan atau tidak, yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menerbitkan dan membuat terbitan itu dan memegang apa-apa sekuriti itu sebagai ejen atau pemegang amanah, dan untuk bertindak secara am sebagai ejen bagi mana-mana kerajaan, perbandaran atau pertubuhan perbadanan atau persatuan itu;
(h) memperoleh dan memegang harta tak alih bagi kegunaan dan penghunian sebenar syarikat itu atau mana-mana pegawai dan pekhidmatnya; dan mendirikan, membina, membesarkan, mengubah dan menyenggarakan mana-mana bangunan yang perlu atau sesuai bagi maksud tersebut; dan menjual atau selainnya melupuskan mana-mana harta tak alih itu jika tidak dikehendaki bagi maksud tersebut;
(i) memegang tanah yang, setelah digadaijanjikan atau digadaikan kepada syarikat, diperoleh olehnya untuk pelindungan pelaburannya; dan, dari semasa ke semasa, menjual, menggadaijanjikan, menggadaikan, memajakkan atau selainnya melupuskan tanah itu;
(j) mendepositkan wang syarikat itu yang tidak dikehendaki dengan serta-merta dengan mana-mana bank dengan mendapat bunga sehingga wang itu boleh dilaburkan dengan lebih kekal, dan melaburkan wang syarikat itu mengikut seksyen 18;
(k) meminjam wang, dan menjamin pembayaran balik wang yang dipinjam itu dengan bunga, mengikut seksyen 20;
(l) menerima dan memungut apa-apa saraan bagi perkhidmatannya sebagaimana yang dipersetujui atau
sebagaimana yang ditetapkan atau yang dibenarkan dari semasa ke semasa oleh undang-undang, dan segala caj, kos dan perbelanjaan yang biasa dan lazim;
(m) menyokong dan menyumbang kepada mana-mana tujuan khairat atau awam dan kepada mana-mana institusi, persatuan atau kelab yang mungkin berfaedah bagi syarikat itu atau pekerjanya atau yang mungkin ada kaitan dengan mana-mana bandar atau tempat syarikat itu menjalankan urusan; memberikan pencen, ganjaran atau bantuan khairat kepada mana-mana orang yang mungkin berkhidmat atau telah berkhidmat dengan syarikat itu atau kepada isteri, anak atau saudara-mara lain orang itu; membuat pembayaran terhadap insurans dan menubuhkan dan mencarum kepada kumpulan wang simpanan dan faedah untuk faedah mana-mana orang yang diambil kerja oleh syarikat itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumbangan, alang, pembayaran atau caruman itu boleh diberikan atau dibuat, kecuali daripada keuntungan syarikat itu yang boleh digunakan untuk pembahagian sebagai dividen;
(n) menjalankan di Singapura dan Brunei atau di salah satunya, tetapi tidak di tempat lain kecuali setakat yang mungkin bersampingan dengan dan perlu untuk pelaksanaan yang sepatutnya kewajipan mana-mana jawatan yang dipegang oleh syarikat itu di Malaysia, Singapura, atau Brunei, apa-apa urusan atau memegang apa-apa jawatan yang suatu syarikat amanah diberi kuasa oleh Akta ini untuk menjalankan atau memegangnya di Malaysia;
(o) memperoleh dan mengusahakan keseluruhan atau manamana bahagian urusan mana-mana bahagian urusan manamana orang atau syarikat yang sama jenis dengan apaapa urusan yang suatu syarikat amanah diberi kuasa untuk menjalankannya, dan sebagai balasan bagi pemerolehan itu mengusahakan segala atau mana-mana liabiliti orang atau syarikat itu dan menerbitkan syer kepada orang atau syarikat itu; dan
(p) melakukan segala perkara lain yang bersampingan dengan atau sesuai untuk mencapai tujuan yang disebut terdahulu atau mana-mana daripadanya.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai memberi kuasa kepada mana-mana syarikat amanah untuk terlibat dalam urusan bank, atau urusan insurans, atau urusan suatu persatuan deposit, simpanan atau feadah.
(3) Tiada syarikat amanah boleh menjalankan apa-apa urusan atau melaksanakan apa-apa tugas selain urusan atau tugas yang termasuk dalam tujuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
PROBET DAN PENTADBIRAN
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).