s 2 Interpretation
(1) In this Act—
“obligation” includes every duty enforceable by law;
“settlement” means any instrument (other than a will or codicil) whereby the destination or devolution of successive interests in movable or immovable property is disposed of or is agreed to be disposed of;
“trust” includes every species of express, implied, or constructive fiduciary ownership;
“trustee” includes every person holding, expressly, by implication or constructively, a fiduciary character.
(a) Z bequeaths land to A, “not doubting that he will pay thereout an annuity of RM1,000 to B for his life”. A accepts the bequest. A is a trustee, within the meaning of this Act, for B, to the extent of the annuity.
(b) A is the legal, medical, or spiritual adviser of B. By availing himself of his situation as such adviser, A gains some pecuniary advantage which might otherwise have accrued to B. A is a trustee for B, within the meaning of this Act, of the advantage.
(c) A, being B’s banker, discloses, for his own purpose, the state of B’s account. A is a trustee, within the meaning of this Act, for B, of the benefit gained by him by means of the disclosure.
(d) A, one of several partners, is employed to purchase goods for the firm. A, unknown to his co-partners, supplies them, at the market-price, with goods previously bought by himself when the price was lower, and thus makes a considerable profit. A is a trustee, for his co-partners, within the meaning of this Act, of the profit so made.
(e) A, the manager of B’s indigo-factory, becomes agent for C, a vendor of indigo-seed, and receives, without B’s assent, commission on the seed purchased from C for the factory. A is a trustee, within the meaning of this Act, for B, of the commission so received.
(2) All words occurring in this Act, which are defined in the Contracts Act 1950 [Act 136], shall be deemed to have the meanings respectively assigned to them by that Act.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Akta ini— “amanah” termasuklah tiap-tiap jenis pemunyaan fidusiari yang nyata, tersirat, atau konstruktif; “obligasi” termasuklah tiap-tiap tugas yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang; “pemegang amanah” termasuklah tiap-tiap orang yang mempunyai sifat fidusiari, secara nyata, tersirat atau konstruktif; “penyelesaian” ertinya apa-apa surat cara (selain wasiat atau kodisil) yang menurutnya matlamat atau penurunan kepentingan yang berturutan dalam harta alih atau harta tak alih dilupuskan atau dipersetujui supaya dilupuskan.
(a) Z membekueskan tanah kepada A, “tanpa meragui bahawa A akan membayar daripada tanah itu suatu anuiti sebanyak RM1,000 kepada B bagi seumur hidupnya”. A menerima bekues itu. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi B, setakat anuiti itu.
(b) A ialah penasihat undang-undang, perubatan atau kerohanian bagi B. Dengan menjadikan dirinya dalam keadaan sebagai penasihat yang sedemikian, A memperoleh keuntungan kewangan yang mungkin sebaliknya telah terakru kepada B. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi B atas keuntungan itu.
(c) A sebagai jurubank kepada B, menzahirkan keadaan akaun B, bagi maksud A sendiri. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah untuk B, atas faedah yang diperoleh oleh A melalui penzahiran itu.
(d) A, seorang daripada beberapa orang pekongsi, diambil kerja untuk membelikan barang bagi firma itu. A, tanpa diketahui oleh pekongsi bersamanya, membekalkan mereka itu dengan harga pasaran, barangan yang dibelinya dahulu semasa harga barangan itu lebih rendah, dan dengan itu membuat keuntungan yang banyak. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi pekongsi bersamanya atas keuntungan yang dibuat itu.
(e) A, pengurus kilang nila kepunyaan B, menjadi ejen bagi C, seorang penjual biji nila, dan menerima, tanpa persetujuan B, komisen bagi biji yang dibeli daripada C untuk kilang itu. Dalam pengertian Akta ini, A adalah pemegang amanah bagi B, atas komisen yang diterima itu.
(2) Semua perkataan yang terdapat dalam Akta ini, yang telah ditakrifkan dalam Akta Kontrak 1950 [Akta 136], hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing oleh Akta 136 itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).