My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 52

Specific Relief Act 1950 s 52

s 52 Perpetual injunctions when granted

(1) Subject to the other provisions contained in, or referred to by, this Chapter, a perpetual injunction may be granted to prevent the breach of an obligation existing in favour of the applicant, whether expressly or by implication. (2) When such an obligation arises from contract, the court shall be guided by the rules and provisions contained in Chapter II. (3) When the defendant invades or threatens to invade the plaintiff’s right to, or enjoyment of, property, the court may grant a perpetual injunction in the following cases, namely: (a) where the defendant is trustee of the property for the plaintiff; (b) where there exists no standard for ascertaining the actual damage caused, or likely to be caused, by the invasion; (c) where the invasion is such that pecuniary compensation would not afford adequate relief; (d) where it is probable that pecuniary compensation cannot be got for the invasion; and (e) where the injunction is necessary to prevent a multiplicity of judicial proceedings. Explanation—For the purpose of this section a trade-mark is property. (a) A lets certain land to B, and B contracts not to dig sand or gravel thereout. A may sue for an injunction to restrain B from digging in violation of his contract. (b) A trustee, threatens a breach of trust. His co-trustees, if any, should, and the beneficial owners may, sue for an injunction to prevent the breach. (c) The directors of a public company are about to pay a dividend out of capital or borrowed money. Any of the shareholders may sue for an injunction to restrain them. (d) The directors of a fire and life insurance company are about to engage in marine insurances. Any of the shareholders may sue for an injunction to restrain them. (e) A, an executor, through misconduct or insolvency, is bringing the property of the deceased into danger. The court may grant an injunction to restrain him from getting in the assets. (f) A, a trustee for B, is about to make an imprudent sale of a small part of the trust-property. B may sue for an injunction to restrain the sale, even though compensation in money would have afforded him adequate relief. (g) A makes a settlement (not founded on marriage or other valuable consideration) of an estate on B and his children. A then contracts to sell the estate to C. B or any of his children may sue for an injunction to restrain the sale. (h) In the course of A’s employment as a solicitor, certain papers belonging to his client, B, come into his possession. A threatens to make these papers public, or to communicate their contents to a stranger. B may sue for an injunction to restrain A from so doing. (i) A is B’s medical adviser. He demands money of B which B declines to pay. A then threatens to make known the effect of B’s communications to him as a patient. This is contrary to A’s duty, and B may sue for an injunction to restrain him from so doing. (j) A, the owner of two adjoining houses, lets one to B and afterwards lets the other to C. A and C begin to make such alterations in the house let to C as will prevent the comfortable enjoyment of the house let to B. B may sue for an injunction to restrain them from so doing. (k) A lets certain arable lands to B for purposes of husbandry, but without any express contract as to the mode of cultivation. Contrary to the mode of cultivation customary in the district, B threatens to sow the lands with seed injurious thereto and requiring many years to eradicate. A may sue for an injunction to restrain B from sowing the lands in contravention of his implied contract to use them in a husbandlike manner. (l) A, B, and C are partners, the partnership being determinable at will. A threatens to do an act tending to the destruction of the partnership-property. B and C may, without seeking a dissolution of the partnership, sue for an injunction to restrain A from doing the act. (m) A, the owner of certain houses in Kelang, becomes insolvent. B buys them from the Official Receiver of A’s estate and enters into possession. A persists in trespassing on and damaging the houses, and B is thereby compelled, at considerable expense, to employ men to protect the possession. B may sue for an injunction to restrain further acts of trespass. (n) A, in an administration-suit to which a creditor, B, is not a party, obtains a decree for the administration of C’s assets, B proceeds against C’s estate for his debt. A may sue for an injunction to restrain B. (o) A and B are in possession of contiguous lands and of the mines underneath them. A works his mine so as to extend under B’s mine and threatens to remove certain pillars which help to support B’s mine. B may sue for an injunction to restrain him from so doing. (p) A rings bells or makes some other unnecessary noise so near a house as to interfere materially and unreasonably with the physical comfort of the occupier, B. B may sue for an injunction restraining A from making the noise. (q) A pollutes the air with smoke so as to interfere materially with the physical comfort of B and C, who carry on business in a neighbouring house. B and C may sue for an injunction to restrain the pollution. (r) A infringes B’s patent. If the court is satisfied that the patent is valid and has been infringed, B may obtain an injunction to restrain the infringement. (s) A pirates B’s copyright. B may obtain an injunction to restrain the piracy, unless the work of which copyright is claimed is libellous or obscene. (t) A improperly uses the trade mark of B. B may obtain an injunction to restrain the user, provided that B’s use of the trade mark is honest. (u) A, a tradesman, holds out B as his partner against the wish and without the authority of B. B may sue for an injunction to restrain A from so doing. (v) A, a very eminent man, writes letters on family topics to B. After the death of A and B, C, who is B’s residuary legatee, proposes to make money by publishing A’s letters. D, who is A’s executor, has a property in the letters, and may sue for an injunction to restrain C from publishing them. (w) A carries on a manufactory and B is his assistant. In the course of his business, A imparts to B a secret process of value, B afterwards demands money of A, threatening, in case of refusal, to disclose the process to C, a rival manufacturer. A may sue for an injunction to restrain B from disclosing the process.

Malay text (authoritative)

Bila injunksi berkekalan diberi

(1) Tertakluk kepada peruntukan lain yang terkandung dalam, atau disebut oleh Bab ini, suatu injunksi berkekalan boleh diberi untuk mencegah kemungkiran sesuatu obligasi yang ada yang memihak kepada pemohon, sama ada secara nyata atau secara implikasi. (2) Apabila sesuatu obligasi sedemikian timbul daripada kontrak, mahkamah hendaklah berpandukan kepada kaedah-kaedah dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bab II. (3) Apabila defendan melanggar atau mengancam untuk melanggar hak plaintif terhadap, atau untuk menikmati harta, mahkamah boleh memberikan suatu injunksi berkekalan dalam kes yang berikut, iaitu: (a) jika defendan ialah pemegang amanah harta bagi plaintif; (b) jika tidak ada standard bagi menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan atau mungkin disebabkan oleh pelanggaran itu; (c) jika pelanggaran itu dalam keadaan bahawa pampasan kewangan tidak akan dapat memberi relief yang mencukupi; (d) jika pampasan kewangan barangkali tidak boleh didapati bagi pelanggaran itu; dan (e) jika injunksi itu adalah perlu untuk mencegah berbilangnya prosiding kehakiman. Huraian—Bagi maksud seksyen ini suatu tanda niaga adalah harta. (a) A, menyewakan tanah tertentu kepada B, dan B berkontrak tidak akan menggali pasir atau batu kelikir dari tanah itu. A boleh mendakwa bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang B daripada menggali dengan melanggar kontraknya. (b) Seorang pemegang amanah mengancam hendak pecah amanah. Pemegang amanah bersamanya, jika ada, hendaklah, dan pemunya benefisial boleh membawa guaman untuk mendapatkan suatu injunksi bagi mencegah pecah amanah itu. (c) Pengarah suatu syarikat awam bercadang hendak membayar dividen daripada modal atau wang pinjaman. Mana-mana pemegang syer boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang mereka. (d) Pengarah syarikat insurans kebakaran dan nyawa bercadang hendak melibatkan diri dalam insurans laut. Mana-mana pemegang syer boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang mereka. (e) A, seorang wasi, melalui salah laku atau ketidaksolvenan, membawa harta si mati dalam bahaya. Mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalangnya daripada mengumpulkan aset itu. (f) A, pemegang amanah bagi B, bercadang membuat suatu penjualan yang kurang bijak atas sebahagian kecil harta amanah itu. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang penjualan itu, walaupun pampasan dalam bentuk wang akan dapat memberi B relief yang mencukupi. (g) A membuat suatu penyelesaian (tidak berasaskan perkahwinan atau balasan berharga yang lain) mengenai suatu estet ke atas B dan anak-anaknya. A kemudiannya berkontrak untuk menjual estet itu kepada C. B atau manamana anaknya boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang penjualan itu. (h) Dalam penjalanan pekerjaan A sebagai seorang peguam cara, beberapa dokumen kepunyaan kliennya, B, berada dalam miliknya. A mengancam untuk mendedahkan dokumen ini kepada awam, atau untuk menyampaikan kandungan dokumen itu kepada orang yang tidak dikenali. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian. (i) A adalah penasihat perubatan B. Dia menuntut wang daripada B yang B enggan untuk membayar. A kemudian mengancam untuk memberitahu kesan komunikasi B dengannya sebagai seorang pesakit. Ini bertentangan dengan kewajipan A, dan B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian. (j) A, pemunya dua buah rumah yang terletak bersebelahan, menyewakan satu kepada B dan selepas itu menyewakan yang satu lagi itu kepada C. A dan C mula membuat pengubahan dalam rumah yang disewakan kepada C yang akan menghalang nikmat keselesaan rumah yang disewakan kepada B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang mereka daripada berbuat demikian. (k) A menyewakan beberapa tanah suai tani kepada B bagi maksud pertanian, tetapi tanpa apa-apa kontrak nyata mengenai cara penanaman. Bertentangan dengan cara penanaman adat dalam daerah itu, B mengancam untuk menyemai tanah itu dengan benih yang boleh merosakkan tanah itu dan yang memerlukan beberapa tahun untuk memusnahkannya. A boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B daripada menyemai tanah itu dengan melanggar kontrak tersiratnya untuk menggunakannya mengikut cara corak pertanian. (l) A, B dan C adalah pekongsi, yang perkongsian itu boleh ditamatkan atas kehendak mereka sendiri. A mengancam untuk melakukan perbuatan yang bercenderungan untuk memusnahkan harta perkongsian itu. B dan C, tanpa meminta pembubaran perkongsian itu, boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada melakukan perbuatan itu. (m) A, pemunya beberapa buah rumah di Klang, menjadi tidak solven. B membeli rumah itu daripada Pegawai Pemegang Harta bagi estet A dan mendapat milikan. A berterusan menceroboh dan merosakkan rumah itu, dan oleh sebab itu B terpaksa, dengan perbelanjaan yang banyak, mengambil kerja beberapa orang untuk melindungi pemilikan itu. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang perbuatan pencerobohan yang selanjutnya. (n) A, dalam suatu guaman pentadbiran yang mengenainya seorang pemiutang, B, bukan suatu pihak, mendapat suatu dekri untuk mentadbir aset C, B meneruskan tindakan terhadap estet C bagi mendapatkan hutangnya. A boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B. (o) A dan B mempunyai milikan ke atas tanah yang bersebelahan dan lombong di bawahnya. A mengerjakan lombongnya sehingga ke bawah lombong B dan mengancam untuk memindahkan beberapa tiang yang menopang lombong B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian. (p) A membunyikan loceng atau membuat beberapa bunyi bising lain yang tidak perlu, terlalu dekat dengan sebuah rumah sehingga mengganggu secara material dan dengan tidak munasabah keselesaan fizikal penghuninya iaitu B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada membuat bunyi bising itu. (q) A mencemarkan udara dengan asap mengganggu pada materialnya keselesaan fizikal B dan C yang menjalankan perniagaan di sebuah rumah yang berdekatan. B dan C boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang pencemaran itu. (r) A melanggar paten B. Jika mahkamah berpuas hati bahawa paten itu adalah sah dan telah dilanggar, B boleh mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang pelanggaran itu. (s) A mencetak rompak hakcipta B. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang cetak rompak itu melainkan jika kerja yang hak ciptanya dituntut itu adalah berunsur fitnah atau lucah. (t) A menggunakan secara tidak wajar tanda niaga B. B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang pengguna itu, dengan syarat bahawa penggunaan tanda niaga itu oleh B adalah jujur. (u) A, seorang pekedai mengemukakan B sebagai pekongsinya bertentangan dengan kehendak dan tanpa kebenaran B. B boleh membawa guaman bagi mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada berbuat demikian. (v) A, seorang yang terkemuka, menulis surat mengenai topik kekeluargaan kepada B. Selepas kematian A dan B, C yang merupakan penerima legasi bakian kepada B, bercadang untuk mendapatkan wang dengan menyiarkan surat A. D, yang menjadi wasi A, mempunyai harta dalam surat itu, dan boleh membawa guaman bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang C daripada menyiarkan surat itu. (w) A menjalankan suatu kilang dan B adalah pembantunya. Dalam penjalanan perniagaannya, A menyampaikan kepada B suatu proses rahsia yang bernilai. B selepas itu meminta wang A dan mengancam, jika dia enggan, B akan mendedahkan proses itu kepada C seorang pengilang saingannya. A boleh mendakwa bagi mendapatkan suatu injunksi untuk menghalang B daripada mendedahkan proses itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter X →

Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next