My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 55

Specific Relief Act 1950 s 55

s 55 Injunction to perform negative agreement

Notwithstanding paragraph 54(f), where a contract comprises an affirmative agreement to do a certain act, coupled with a negative agreement, express or implied, not to do a certain act, the circumstance that the court is unable to compel specific performance of the affirmative agreement shall not preclude it from granting an injunction to perform the negative agreement: Provided that the applicant has not failed to perform the contract so far as it is binding on him. (a) A contracts to sell to B for RM1,000 the good-will of a certain business unconnected with business premises, and further agrees not to carry on that business in Klang. B pays A RM1,000 but A carries on the business in Klang. The court cannot compel A to send his customers to B, but B may obtain an injunction restraining A from carrying on the business in Klang. (b) A contracts to sell to B the good-will of a business. A then sets up a similar business close by B’s shop, and solicits his old customers to deal with him. This is contrary to his implied contract, and B may obtain an injunction to restrain A from soliciting the customers, and from doing any act whereby their good-will may be withdrawn from B. (c) A contracts with B to sing for twelve months at B’s theatre and not to sing in public elsewhere. B cannot obtain specific performance of the contract to sing, but he is entitled to an injunction restraining A from singing at any other place of public entertainment. (d) B contracts with A that he will serve him faithfully for twelve months as a clerk. A is not entitled to a decree for specific performance of this contract. But he is entitled to an injunction restraining B from serving a rival house as clerk. (e) A contracts with B that, in consideration of RM1,000 to be paid to him by B on a day fixed, he will not set up a certain business within a specified distance. B fails to pay the money. A cannot be restrained from carrying on the business within the specified distance. LAWS OF MALAYSIA

Malay text (authoritative)

Injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif

Walau apa pun perenggan 54(f), jika sesuatu kontrak mengandungi suatu perjanjian yang membenarkan untuk melakukan perbuatan tertentu, bersama dengan suatu perjanjian negatif, nyata atau tersirat, untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan tertentu, hal keadaan bahawa mahkamah tidak berupaya untuk memaksa pelaksanaan spesifik perjanjian yang membenarkan itu tidak akan menghalang mahkamah memberikan injunksi untuk melaksanakan perjanjian negatif itu: Dengan syarat bahawa pemohon telah melaksanakan kontrak itu setakat yang ia mengikat dirinya. (a) A berkontrak untuk menjual kepada B dengan harga RM1,000 nama baik perniagaan tertentu yang tidak berkaitan dengan premis perniagaan, dan selanjutnya bersetuju tidak akan menjalankan perniagaan itu di Klang. B membayar sebanyak RM1,000 kepada A tetapi A menjalankan perniagaan itu di Klang. Mahkamah tidak boleh memaksa A untuk menghantar pelanggannya kepada B, tetapi B boleh mendapatkan injunksi menghalang A daripada menjalankan perniagaan di Klang. (b) A berkontrak untuk menjual nama baik suatu perniagaan kepada B. A kemudiannya membuka suatu perniagaan yang serupa itu berdekatan dengan kedai B dan memujuk pelanggan lamanya untuk berurusan dengannya. Ini adalah bertentangan dengan kontrak tersiratnya, dan B boleh mendapatkan injunksi untuk menghalang A daripada memujuk pelanggan itu, dan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang nama baiknya mungkin ditarik balik daripada B. (c) A berkontrak dengan B untuk menyanyi selama dua belas bulan di teater B dan tidak akan menyanyi di tempat awam yang lain. B tidak boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik kontrak untuk menyanyi itu, tetapi dia berhak kepada injunksi yang menghalang A daripada menyanyi di manamana tempat hiburan awam yang lain. (d) B berkontrak dengan A bahawa dia akan berkhidmat dengannya dengan taat selama dua belas bulan sebagai seorang kerani. A tidak berhak kepada suatu dekri pelaksanaan spesifik kontrak ini. Tetapi dia adalah berhak kepada injunksi yang menghalang B daripada berkhidmat dengan rumah saingannya sebagai kerani. (e) A berkontrak dengan B bahawa sebagai balasan sebanyak RM1,000 yang kena dibayar kepadanya oleh B pada hari yang ditetapkan, A tidak akan menubuhkan perniagaan tertentu dalam suatu jarak yang ditetapkan. B gagal membayar wang itu. A tidak boleh dihalang daripada menjalankan perniagaan dalam jarak yang ditetapkan itu. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act → · Open Chapter X →

Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next