My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 9

Specific Relief Act 1950 s 9

s 9 Recovery of specific movable property

A person entitled to the possession of specific movable property may recover the same in the manner prescribed by the law relating to civil procedure. Explanation 1—A trustee may sue under this section for the possession of property to the beneficial interest in which the person for whom he is trustee is entitled. Explanation 2—A special or temporary right to the present possession of property is sufficient to support a suit under this section. (a) A pledges certain jewels to B to secure a loan. B disposes of them before he is entitled to do so. A, without having paid or tendered the amount of the loan, sues B for possession of the jewels. The suit should be dismissed, as A is not entitled to their possession, whatever right he may have to secure their safe custody. (b) A receives a letter addressed to him by B. B gets back the letter without A’s consent. A has such a property therein as entitled him to recover it from B. (c) A deposits books and papers for safe custody with B. B loses them and C finds them, but refuses to deliver them to B when demanded. B may recover them from C, subject to C’s right if any, under section 121 of the Contracts Act 1950. (d) A, a warehouse-keeper, is charged with the delivery of certain goods to Z, which B takes out of A’s possession. A may sue B for the goods.

Malay text (authoritative)

Mendapatkan kembali harta alih spesifik

Seseorang yang berhak kepada milikan harta alih spesifik boleh mendapatkannya kembali mengikut cara yang ditetapkan oleh undangundang yang berhubungan dengan tatacara sivil. Huraian 1—Seseorang pemegang amanah boleh membawa guaman di bawah seksyen ini bagi milikan harta untuk kepentingan benefisial orang yang dia menjadi pemegang amanahnya, yang berhak ke atas harta itu. Huraian 2—Sesuatu hak yang khas atau sementara terhadap milikan harta sekarang memadai untuk menyokong suatu guaman di bawah seksyen ini. (a) A menyandarkan beberapa barang kemas kepada B untuk menjamin suatu pinjaman. B melupuskan barang kemas itu sebelum dia berhak berbuat demikian. A, tanpa membayar atau menawarkan untuk membayar jumlah pinjaman itu, membawa tuntutan guaman terhadap B bagi milikan barang kemas itu. Guaman itu harus ditolak kerana A tidak berhak kepada milikan barang kemas itu, walau apa pun hak yang dia mungkin ada untuk menjamin jagaan selamatnya. (b) A menerima suatu surat yang dialamatkan kepadanya oleh B. B mendapatkan balik surat itu tanpa persetujuan A. A mempunyai hak kepunyaan terhadap surat itu yang menghakkannya untuk mendapatkannya kembali daripada B. (c) A mendepositkan kepada B buku dan dokumen untuk jagaan selamat. B menghilangkan buku dan dokumen itu dan C menjumpainya tetapi enggan menyerahkannya balik kepada B apabila diminta. B boleh mendapatkan buku dan dokumen itu daripada C, tertakluk kepada hak C jika ada, di bawah seksyen 121 Akta Kontrak 1950. (d) A, seorang penjaga gudang, dituduh kerana menghantarserahkan barangan tertentu kepada Z, yang diambil oleh B daripada milikan A. A boleh membawa guaman terhadap B untuk mendapatkan barangan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter I →

Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next