(1) A person aggrieved by an assessment made on him may appeal to the Special Commissioners against the assessment in the same manner as an appeal against an assessment of income tax made under the Income Tax Act 1967, and sections 99, 100, 101, 101(1A), 101(1B), 101(1C) and 102 of that Act, as far as they are applicable and with the necessary modifications, shall apply to an appeal against an assessment made under this Act as if—
(a) every reference in those sections to income tax or to tax were a reference to real property gains tax; and
(b) every reference in those sections to income were a reference to chargeable gains.
(2) Schedule 5 to the Income Tax Act 1967, shall apply with necessary modifications to the hearing of appeals to the Special Commissioners and to the hearing of further appeals.
(3) Where a person appeals under this Act, he shall not be entitled in the appeal to re-open any issue which has been finally and conclusively settled by virtue of subsection 20(1) unless it is an issue already re-opened by the Director General.
Malay text (authoritative)
Hak merayu
(1) Seseorang yang terkilan dengan sesuatu taksiran yang dibuat mengenainya boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas terhadap taksiran itu mengikut cara yang sama seperti sesuatu rayuan terhadap sesuatu taksiran cukai pendapatan yang dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan peruntukan seksyen 99, 100, 101, 101(1A), 101(1B), 101(1C) dan 102 Akta itu, setakat mana ia terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu, hendaklah terpakai bagi sesuatu
rayuan terhadap sesuatu taksiran yang dibuat di bawah Akta ini seolah-olah—
(a) tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai cukai pendapatan atau mengenai cukai adalah sebutan mengenai cukai keuntungan harta tanah; dan
(b) tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai pendapatan adalah sebutan mengenai keuntungan yang boleh dikenakan cukai.
(2) Peruntukan dalam Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu bagi pendengaran rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan bagi pendengaran rayuan yang selanjutnya.
(3) Jika seseorang merayu di bawah Akta ini, dia tidak berhak dalam rayuan itu membuka semula apa-apa persoalan yang telah diselesaikan dengan muktamad menurut subseksyen 20(1) melainkan jika ianya adalah suatu persoalan yang telah pun dibuka semula oleh Ketua Pengarah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).