My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 19

Real Property Gains Tax Act 1976 s 19

s 19 Error or mistake

(1) A person upon whom a notice of assessment is served may within six years after the end of the year of assessment in which the assessment was made apply in writing to the Director General for a revision of the assessment on the ground that the assessment is excessive by reason of an error or mistake in a return or other statement made by that person for the purposes of the assessment. (2) No relief shall be given under subsection (1) in respect of an error or mistake as to the basis on which the liability of the person concerned ought to have been computed where the return containing the error or mistake was in fact made on the basis of or in accordance with the practice of the Director General generally prevailing at the time when the return was made. (3) An application under subsection (1) shall be, as nearly as may be, in the same form as a notice of appeal under section 18 (indicating as the grounds of appeal the error or mistake relied on), and shall be deemed to be, and shall be disposed of as if it were, an appeal under that section, the application itself being taken as the notice of appeal.

Malay text (authoritative)

Relif berkenaan dengan kesalahan atau kesilapan

(1) Jika mana-mana orang yang telah membayar cukai bagi mana-mana tahun taksiran mendakwa bahawa suatu taksiran yang berhubungan dengan tahun itu berlebihan oleh sebab kesalahan atau kesilapan dalam sesuatu penyata atau pernyataan yang dibuat oleh orang itu bagi maksud Akta ini dan dikemukakan olehnya kepada Ketua Pengarah sebelum taksiran itu menjadi muktamad dan konklusif, dia boleh dalam tempoh lima tahun selepas akhir tahun taksiran dalam masa taksiran itu telah dibuat memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk relif. (2) Setelah menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah menyiasat perkara itu dan, tertakluk pada seksyen ini, hendaklah memberikan relif itu dengan membayar balik cukai yang berkenaan dengan kesalahan atau kesilapan yang diperkatakan itu yang pada pendapatnya adil dan munasabah. (3) Dalam menentukan apa-apa permohonan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira kesemua hal keadaan yang relevan bagi kes itu dan secara khususnya— (a) hendaklah mempertimbangkan sama ada dengan pemberian relif itu akan mengakibatkan pengenaan cukai kepada pendapatan pemohon tidak dibuat; dan (b) bagi maksud itu boleh menimbangkan pengenaan cukai terhadap pemohon bagi tahun-tahun taksiran selain tahun yang berkaitan dengan permohonan itu dan taksiran yang dikenakan terhadapnya bagi tahun-tahun tersebut. (4) Tiada apa-apa relif boleh diberikan di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu kesalahan atau kesilapan tentang asas atasnya pengenaan cukai pemohon itu sepatutnya telah dihitung jika penyata atau pernyataan yang mengandungi kesalahan atau kesilapan itu telah sebenarnya dibuat atas asas, atau mengikut, amalan Ketua Pengarah yang terdapat pada amnya pada masa penyata atau pernyataan itu telah dibuat (5) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa yang boleh dibuat dalam bentuk yang sama seperti suatu notis rayuan di bawah seksyen 18, dan, jika pemohon telah terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah— (a) pemohon boleh, dalam tempoh enam bulan selepas keputusan itu dimaklumkan, meminta dalam borang yang ditetapkan untuk Ketua Pengarah mengemukakan permohonan itu kepada Pesuruhjaya Khas; (b) Ketua Pengarah hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas menerima permohonan itu menghantar permohonan itu seolah-olah dia menghantar suatu rayuan yang dikemukakan menurut seksyen 102 Akta Cukai Pendapatan 1967; dan (c) permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu rayuan dan hendaklah dibereskan dengan sewajarnya.

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next