(1) The Director General may by notice in writing require any person to furnish within fourteen days or such further period as may be specified in the notice any information respecting any matter as to which a return under this Act has been made or is required to be made:
Provided that, where that person is a public officer or an officer in the employment of a local authority or other public body, he shall not be obliged to disclose any particulars as to which he is under a statutory obligation to observe secrecy.
(2) For the purpose of obtaining full information as to any person’s liability to the tax, the Director General may require that or any other person by notice in writing—
(a) to complete and deliver to the Director General within a time specified in the notice (not being less than fourteen days from the date of service of the notice) any return specified in the notice; or
(b) to attend personally before the Director General and produce for examination all books, accounts, returns and other documents which the Director General considers necessary.
(3) The Director General may by notice in writing require any person to furnish within a time specified in the notice (not being less than thirty days from the date of service of the notice) a statement containing particulars of—
(a) all banking accounts (whether current or deposit, business or private or in his own name, the name of his wife or any other name)—
(i) in which he is or has been interested jointly or solely; or
(ii) on which he has or has had power to operate jointly or solely, being accounts which are in existence or have been in existence at any time during a period specified in the notice;
(b) all savings and loan accounts, deposits, building society accounts and co-operative society accounts in regard to which he has or has had any interest or power to operate jointly or solely during that period;
(c) all assets other than those referred to in paragraphs (a) and (b) which he has possessed during that period;
(d) all moneys receivable by him during that period otherwise than from the sources mentioned in paragraphs (a) to (c); and
(e) all facts bearing upon his present or past liability to the tax.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk meminta maklumat, dsb.
(1) Ketua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis mengkehendaki mana-mana orang memberi dalam tempoh empat belas hari atau dalam apa-apa tempoh lanjut sebagaimana dinyatakan dalam notis itu apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa perkara yang mengenainya suatu penyata di bawah Akta ini telah dibuat atau adalah dikehendaki dibuat:
Dengan syarat bahawa jika orang itu ialah seorang pegawai awam atau seorang pegawai yang bekerja dengan suatu pihak berkuasa tempatan atau badan awam lain, dia tidaklah berkewajipan menzahirkan apa-apa butir yang mengenainya dia berkewajipan di sisi statut mematuhi kerahsiaan.
(2) Bagi maksud mendapatkan maklumat penuh tentang tanggungan seseorang terhadap cukai, Ketua Pengarah boleh
menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain dengan notis secara bertulis—
(a) memenuhi dan menyerahkan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu (iaitu tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh disampaikan notis itu) apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis itu; atau
(b) hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.
(3) Ketua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang memberi dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu (iaitu tidak kurang dari tiga puluh hari dari tarikh disampaikan notis itu) suatu pernyataan mengandungi butir-butir mengenai—
(a) semua akaun bank (sama ada semasa atau deposit, perniagaan atau persendirian atau atas namanya sendiri, nama isterinya atau apa-apa nama lain):
(i) dalam mana dia sedang ada atau telah ada mempunyai kepentingan secara bersesama atau secara tunggal; atau
(ii) yang dia berkuasa atau telah berkuasa menggunakannya secara bersesama atau secara tunggal,
iaitu akaun yang sedang ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis itu;
(b) semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya dia ada atau telah mempunyai sesuatu kepentingan atau kuasa menggunakannya secara bersesama atau secara tunggal dalam tempoh itu;
(c) semua aset melainkan aset yang disebutkan dalam perenggan (a) dan (b) yang dia telah miliki dalam tempoh itu;
(d) semua wang yang boleh diterima olehnya dalam tempoh itu melainkan daripada punca yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (c); dan
(e) semua fakta mengenai tanggungannya terhadap cukai, sama ada pada masa itu atau pada masa lepas.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).