Real Property Gains Tax Act 1976 s 28
s 28 Power of access to buildings and documents, etc.
(1) For the purposes of this Act the Director General shall at all times have full and free access to all lands, buildings and other places and to all books and other documents and may search such lands, buildings and places and may inspect, copy or make extracts from any such books or documents without making any payment by way of fee or reward.
(2) The Director General may take possession of any books or documents to which he has access under subsection (1) where in his opinion—
(a) the inspection of them, the copying of them or the making of extracts from them cannot reasonably be undertaken without taking possession of them; or
(b) they may be interfered with or destroyed unless he takes possession of them; or
(c) they may be needed as evidence in any legal proceedings instituted under or in connection with this Act.
(3) Where in the opinion of the Director General it is necessary for the purpose of this Act to examine any book, account, record or other document which is—
(a) made or kept by, or in the possession or under the control of, a person liable to the tax; and
(b) made or kept in a language other than the national language,
he may by notice in writing require that person to furnish a translation in the national language:
Provided that in Sarawak this subsection shall have effect as if the words “or English” were inserted after the words “national language” wherever they occur.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk memasuki bangunan dan melihat dokumen, dsb.
(1) Bagi maksud Akta ini Ketua Pengarah berhak setiap masa dengan sepenuhnya dan bebas untuk memasuki semua tanah, bangunan dan tempat lain dan untuk melihat semua buku dan dokumen lain dan boleh menggeledah tanah, bangunan dan tempat itu dan boleh memeriksa, menyalin atau membuat cabutan daripada mana-mana buku atau dokumen itu tanpa membuat apa-apa pembayaran sebagai bayaran atau hadiah.
(2) Ketua Pengarah boleh mengambil milik mana-mana buku atau dokumen yang dia berhak melihat di bawah subseksyen (1), jika pada pendapatnya—
(a) kerja memeriksanya, menyalinnya atau membuat cabutan daripadanya tidak munasabah dapat dijalankan tanpa mengambil miliknya; atau
(b) buku atau dokumen itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan dia mengambil miliknya; atau
(c) buku atau dokumen itu mungkin dikehendaki sebagai keterangan dalam sesuatu perbicaraan di sisi undang-undang yang dibawa di bawah atau berkenaan dengan Akta ini.
(3) Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud Akta ini diperiksa mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang—
(a) dibuat atau disimpan oleh, atau yang ada dalam milik atau di bawah kawalan, seseorang yang bertanggungan terhadap cukai; dan
(b) dibuat atau disimpan dalam suatu bahasa yang lain daripada bahasa kebangsaan,
dia boleh dengan notis secara bertulis menghendaki orang itu memberi suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan:
Dengan syarat bahawa di Sarawak subseksyen ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah perkataan “atau bahasa Inggeris” telah dimasukkan selepas perkataan ‘bahasa kebangsaan’ di mana-mana jua perkataan itu terdapat.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).