(1) Any person who wilfully and with intent to evade or assist any other person to evade the tax—
(a) omits from a return under this Act any particulars required under this Act relating to any disposal of a chargeable asset; or
(b) makes a false statement or entry in a return made under this Act; or
(c) gives a false answer (orally or in writing) to a question asked or request for information made under this Act; or
(d) prepares or maintains or authorizes the preparation or maintenance of any false books of account or other false records; or
(e) falsifies or authorizes the falsification of any books of account or other records; or
(f) produces or allows or authorizes the production of, books of accounts which he knows to be false; or
(g) makes use or authorizes the use of any fraud, art or contrivance; or
(h) makes in respect of the tax a fraudulent claim for repayment,
shall be guilty of an offence and on conviction shall be liable to imprisonment for a term not exceeding three years or to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to both, and shall pay a special penalty of treble the amount of the tax which has been undercharged in consequence of the offence or which would have been undercharged if the offence had not been detected.
(2) Where in any proceedings under this section it is proved that a false statement or false entry (whether by omission or otherwise) has been made in a return made under this Act by or on behalf of any person or in any books of account or other records maintained by or on behalf of any person, that person shall be presumed until the contrary is proved to have made that false statement or entry with intent to evade the tax.
Malay text (authoritative)
Sengaja melarikan cukai
(1) Seseorang yang sengaja dan dengan niat hendak melarikan cukai atau membantu seseorang lain melarikan cukai—
(a) meninggalkan dari sesuatu penyata di bawah Akta ini apa-apa butir yang dikehendaki di bawah Akta ini
berhubungan dengan apa-apa pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai;
(b) membuat sesuatu pernyataan atau catatan palsu dalam sesuatu penyata yang dibuat di bawah Akta ini;
(c) memberi sesuatu jawapan palsu (secara lisan atau secara bertulis) pada sesuatu soalan yang ditanya atau pada permintaan untuk maklumat yang dibuat di bawah Akta ini;
(d) menyediakan atau menyenggara atau membenar disediakan atau disenggara apa-apa buku akaun palsu atau rekod palsu lain;
(e) memalsu atau membenar dipalsukan apa-apa buku akaun atau rekod lain;
(f) mengemukakan atau membenarkan atau memberi kuasa supaya dikemukakan, buku akaun yang dia ketahui sebagai palsu;
(g) menggunakan atau membenar digunakan sesuatu fraud, tipu daya atau muslihat; atau
(h) membuat berkenaan dengan cukai itu suatu tuntutan fraud untuk mendapat pembayaran balik,
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak tiga kali ganda dari amaun cukai yang telah terkurang dikenakan itu akibat kesalahan itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika kesalahan itu tidak diketahui.
(2) Jika dalam sesuatu prosiding di bawah seksyen ini dibuktikan bahawa suatu pernyataan palsu atau suatu catatan palsu (sama ada dengan cara ditinggalkan atau selainnya) telah dibuat dalam sesuatu penyata yang dibuat di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak seseorang
atau dalam mana-mana buku akaun atau rekod lain yang disenggara oleh atau bagi pihak seseorang, orang itu hendaklah dianggap sehingga akasnya dibuktikan sebagai telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan niat hendak melarikan cukai.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).