My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 30

Real Property Gains Tax Act 1976 s 30

s 30 Incorrect returns, etc.

(1) Any person who— (a) makes an incorrect return on behalf of himself or another person by omitting any particulars required by this Act relating to any disposal of chargeable assets, understating any chargeable gains or overstating any allowable loss; or (b) gives any other incorrect information in relation to any other matter affecting his own or any other person’s liability to the tax, shall, unless he satisfies the court that the incorrect return or other incorrect information was made or given in good faith, be guilty of an offence and on conviction shall be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit, and shall pay a special penalty of double the amount of the tax which has been undercharged in consequence of the incorrect return or other information or which would have been undercharged if the return or information had been accepted as correct. (2) Where a person makes an incorrect return or gives other incorrect information in the manner described in paragraph (1)(a) or (b), the Director General may, if no prosecution under subsection (1) has been instituted in relation to the incorrect return or incorrect information, require that person to pay a penalty equal to the amount of the tax which has been undercharged in consequence of the incorrect return or information or which would have been undercharged if the return or information had been accepted as correct, and if that person pays that penalty (or, where the penalty is abated or remitted under subsection 40(3), so much, if any, of the penalty as has not been abated or remitted), he shall not be liable to be charged on the same facts with an offence under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Penyata, dsb., yang tidak betul

(1) Seseorang yang— (a) membuat sesuatu penyata yang tidak betul bagi pihak dirinya atau seorang lain dengan meninggalkan apa-apa butir yang dikehendaki oleh Akta ini berhubungan dengan sesuatu pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai, memberi angka yang rendah bagi keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau memberi angka yang berlebihan bagi apa-apa kerugian yang boleh dibenarkan; atau (b) memberi apa-apa maklumat lain yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara lain mengenai tanggungannya sendiri atau tanggungan mana-mana orang lain terhadap cukai, hendaklah, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa penyata yang tidak betul itu atau maklumat lain yang tidak betul itu telah dibuat atau diberi dengan suci hati, bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak dua kali ganda daripada amaun cukai yang telah terkurang dikenakan akibat penyata atau maklumat lain yang tidak betul itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika penyata atau maklumat itu diterima sebagai betul. (2) Jika seseorang membuat suatu penyata yang tidak betul dan memberi maklumat lain yang tidak betul dengan cara yang diperihalkan dalam perenggan (1)(a) atau (b), Ketua Pengarah boleh, jika tiada apa-apa pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan penyata yang tidak betul atau maklumat yang tidak betul itu, menghendaki orang itu membayar suatu penalti yang sama banyaknya dengan amaun cukai yang telah terkurang dikenakan itu akibat penyata atau maklumat yang tidak betul itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika penyata atau maklumat itu diterima sebagai betul, dan jika orang itu membayar penalti itu (atau, jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 40(3) sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu), dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next