s 47 Certain materials to be treated as confidential
(1) Subject to this section, every classified person shall regard and deal with classified material as confidential; and, if he is an official, he shall make and subscribe before the prescribed authority a declaration in the prescribed form that he will do so:
Provided that a person who has made and subscribed a corresponding declaration or oath under the income tax law shall be deemed to have made and subscribed the declaration required by this subsection.
(2) No classified material shall be produced or used in court or otherwise except—
(a) for the purposes of this Act or another tax law;
(b) in order to institute or assist in the course of a prosecution for any offence committed in relation to the tax or in relation to any tax or duty imposed by another tax law; or
(c) with the written authority of the Minister or of the person to whose affairs it relates.
(3) No official shall be required by any court—
(a) to produce or disclose classified material which has been supplied to him or another official otherwise than by or on behalf of the person to whose affairs it relates; or
(b) to identify the person who supplied that material.
(4) Nothing in this section shall prevent—
(a) the production or disclosure of classified material to the Auditor General (or to public officers under his direction and control) or the use of classified material by the Auditor General, to such an extent as is necessary or expedient for the proper exercise of the functions of his office;
(b) the Director General from publicizing, from time to time in any manner as he may deem fit, the following particulars in respect of a person who has been found guilty or convicted of any offence under this Act or dealt with under subsection 30(2) or section 40—
(i) the name, address and occupation or other description of the person;
(ii) such particulars of the offence or evasion as the Director General may think fit;
(iii) the year of assessment to which the offence or evasion relates;
(iv) the disposal of any chargeable asset or the amount of the chargeable gain not disclosed;
(v) the aggregate of the amount of the tax evaded and penalty (if any) charged or imposed;
(vi) the sentence imposed or other order made:
Provided that the Director General may refrain from publicizing any particulars of any person to whom this paragraph applies if the Director General is satisfied that, before any investigation or inquiry has been commenced in respect of any offence or evasion falling under section 30 or 31, that person has voluntarily disclosed to the Director General or to any authorized officer complete information and full particulars relating to such offence or evasion.
(5) In this section—
“another tax law” means the Income Tax Act 1967 and any written law repealed by that Act, the Petroleum (Income Tax) Act 1967 [Act 45 of 1967], the Land Speculation Tax Act 1974 [Act 126] and any written law relating to stamp duty, estate duty and film hire duty and any written law declared by the Minister by statutory order to be another tax law for the purposes of this section;
“classified material” means any return or other document made for the purposes of this Act and relating to the gains of any person and any information or other matter or thing which comes to the notice of a classified person in his capacity as such;
“classified person” means—
(a) an official;
(b) the Auditor General and public officers under his direction and control;
(c) any person advising or acting for a person who is or may be chargeable to the tax and any employee of a person so acting or advising if he is an employee who in his capacity as such has access to classified material;
(d) the Director General of Valuation and public officers under his direction and control; or
(e) any employee of the Inland Revenue Board of Malaysia;
“official” means a person having an official duty under or employed in carrying out the provisions of this Act;
“prescribed authority” means the persons specified in the Second Schedule to the Income Tax (Official Declaration) Rules 1970 [P.U.(A) 38/70].
Malay text (authoritative)
Sesetengah bahan hendaklah dikira sebagai sulit
(1) Tertakluk pada seksyen ini, tiap-tiap orang yang terkelas hendaklah menyifatkan dan menguruskan bahan yang terkelas sebagai sulit; dan jika orang itu ialah seorang pegawai, dia hendaklah membuat dan menandatangani di hadapan pihak berkuasa yang ditetapkan suatu akuan dalam borang yang ditetapkan bahawa dia akan berbuat demikian:
Dengan syarat bahawa seseorang yang telah membuat dan menandatangani suatu akuan atau sumpah yang bersamaan di bawah undang-undang cukai pendapatan hendaklah disifatkan sebagai telah membuat dan menandatangani akuan yang dikehendaki oleh subseksyen ini.
(2) Tiada sesuatu bahan yang terkelas boleh dikemuka atau digunakan dalam mahkamah atau lain-lain kecuali—
(a) bagi maksud Akta ini atau suatu undang-undang cukai yang lain;
(b) untuk memulakan atau membantu dalam menjalankan pendakwaan atas apa-apa kesalahan yang dilakukan berhubung dengan cukai atau berhubung dengan sesuatu cukai atau duti yang dikenakan oleh suatu undang-undang cukai yang lain; atau
(c) dengan kuasa bertulis daripada Menteri atau orang yang dengan hal ehwalnya bahan itu berkaitan.
(3) Tiada seseorang pegawai boleh dikehendaki oleh sesuatu mahkamah—
(a) mengemukakan atau menzahirkan bahan yang terkelas yang telah diberi kepadanya atau kepada seorang pegawai lain melainkan oleh atau bagi pihak orang yang dengan hal ehwalnya bahan itu berkaitan; atau
(b) mengenalkan orang yang telah memberi bahan itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang—
(a) daripada dikemukakan atau dizahirkan bahan yang terkelas kepada Ketua Audit Negara (atau kepada pegawai awam di bawah arahan dan kawalannya) atau daripada digunakan bahan yang terkelas oleh Ketua Audit Negara, setakat yang
perlu atau mustahak bagi membolehkan dia menjalankan fungsi jawatannya dengan sepatutnya;
(b) Ketua Pengarah daripada mengumumkan, dari semasa ke semasa dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, butir-butir yang berikut berkenaan dengan seseorang yang telah didapati bersalah atau telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau yang terhadapnya tindakan telah diambil di bawah subseksyen 30(2) atau di bawah seksyen 40—
(i) nama, alamat dan pekerjaan atau perihal lain orang itu;
(ii) apa-apa butir mengenai kesalahan atau pelarian cukai itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah;
(iii) tahun atau tahun-tahun taksiran yang dengannya kesalahan atau pelarian cukai itu adalah berkenaan;
(iv) pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai atau amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang tidak dizahirkan;
(v) jumlah amaun cukai yang dilarikan dan penalti (jika ada) yang dikena atau ditanggungkan;
(vi) hukuman yang dikenakan atau perintah lain yang dibuat:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh tidak membuat pengumuman tentang apa-apa butir mengenai seseorang yang dimaksudkan oleh perenggan ini jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa, sebelum apa-apa penyiasatan atau penyelidikan dimulakan berkenaan dengan sesuatu kesalahan atau pelarian cukai yang termasuk di bawah seksyen 30 atau 31, orang itu telah menzahirkan secara sukarela kepada Ketua Pengarah atau kepada mana-mana
pegawai yang diberi kuasa maklumat yang lengkap dan butir-butir yang penuh berhubungan dengan kesalahan atau pelarian cukai itu.
(5) Dalam seksyen ini—
“bahan yang terkelas” ertinya sesuatu penyata atau dokumen lain yang dibuat bagi maksud Akta ini berhubungan dengan keuntungan seseorang dan apa-apa maklumat atau perkara lain atau hal yang sampai kepada pengetahuan seseorang yang terkelas atas sifatnya sebagai demikian;
“orang yang terkelas” ertinya—
(a) seorang pegawai;
(b) Ketua Audit Negara dan pegawai awam di bawah arahan atau kawalannya;
(c) seseorang yang menasihatkan atau bertindak bagi seorang yang boleh atau mungkin boleh dikenakan cukai dan seseorang pekerja bagi seseorang yang bertindak atau menasihatkan sedemikian jika dia ialah seorang pekerja yang atas sifatnya sebagai yang demikian berhak melihat bahan yang terkelas;
(d) Ketua Pengarah Penilaian dan pegawai awam di bawah arahan dan kawalannya; atau
(e) mana-mana pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;
“pegawai” ertinya seorang yang ada mempunyai kewajipan rasmi di bawah Akta ini atau yang bekerja untuk menjalankan peruntukan Akta ini;
“pihak berkuasa yang ditetapkan” ertinya orang yang ditentukan dalam Jadual Kedua kepada Kaedah-Kaedah (Akuan Pegawai) Cukai Pendapatan 1970 [P.U. (A) 38/1970];
“suatu undang-undang cukai yang lain” ertinya Akta Cukai Pendapatan 1967, dan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta itu, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, *Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 [Akta 126] dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan duti setem, duti harta pusaka atau duti sewa filem dan mana-mana undang-undang bertulis yang diisytiharkan oleh Menteri dengan perintah berkanun sebagai suatu undang-undang cukai yang lain bagi maksud seksyen ini.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).