My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 48

Real Property Gains Tax Act 1976 s 48

s 48 Evidential provisions

(1) In a suit under section 23 a certificate signed by the Director General giving the name and address of the defendant and the amount of the tax due from him shall be sufficient evidence of the amount so due and sufficient authority for the court to give judgment for that amount. (2) A transcript of any particulars contained in a return or other document relating to the tax, if it is certified by or on behalf of the Director General or an authorized officer to be a true copy of the particulars, shall be admissible in evidence as proof of those particulars. (3) No statement made or document produced by or on behalf of any person shall be inadmissible in evidence against that person in any proceedings against him for an offence under section 29, 30 or 31 or for the recovery of any sum due by way of tax or penalty, by reason only of the fact that he was or may have been induced to make the statement or produce the document by any lawful inducement or promise proceeding from the Director General or an authorized officer. (4) (a) Save as provided in paragraph (b) nothing in this Act shall— (i) affect the operation of Chapter IX of Part III of the Evidence Act 1950 [Act 56]; or (ii) be construed as requiring or permitting any person to produce or give to a court, the Special Commissioners, the Director General or any other person any document, thing or information which by that Chapter or those provisions he would not be required or permitted to produce or give to a court. (b) Notwithstanding the provisions of any other written law, where any document, thing, matter, information, communication or advice consists wholly or partly of, or relates wholly or partly to, the receipts, payments, income, expenditure, or financial transactions or dealings of any person (whether an advocate and solicitor, his client, or any other person), it shall not be privileged from disclosure to a court, the Special Commissioners, the Director General or any authorized officer if it is contained in, or comprises the whole or part of, any book, account, statement, or other record prepared or kept by any practitioner or firm of practitioners in connection with any client of the practitioner or firm of practitioners or any other person. (c) Paragraph (b) shall also apply with respect to any document, thing, matter, information, communication or advice made or brought into existence before the commencement of that paragraph.

Malay text (authoritative)

Peruntukan mengenai keterangan

(1) Dalam sesuatu guaman di bawah seksyen 23, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah memberi nama dan alamat pihak kena tuntut dan amaun cukai yang genap masanya untuk dibayar olehnya menjadi keterangan yang cukup mengenai amaun yang genap masanya untuk dibayar itu dan juga kuasa yang cukup bagi mahkamah membuat hukuman bagi amaun itu. (2) Suatu transkrip mengenai apa-apa butir yang terkandung dalam sesuatu penyata atau dokumen lain berhubungan dengan cukai boleh diterima dalam keterangan sebagai bukti mengenai butir-butir itu jika transkrip itu diperakui oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa sebagai suatu salinan butir-butir yang benar. (3) Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak seseorang boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam sesuatu prosiding terhadapnya kerana sesuatu kesalahan di bawah seksyen 29, 30 atau 31 atau kerana menuntut apa-apa jumlah wang yang genap masanya untuk dibayar sebagai cukai atau penalti semata-mata oleh sebab orang itu telah atau mungkin telah didorong membuat pernyataan itu atau mengemukakan dokumen dengan apa-apa dorongan atau janji yang sah di sisi undang-undang daripada Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa. *CATATAN— Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 [Akta 126] telah dimansuhkan oleh Akta ini berkuat kuasa mulai 7 November 1975—lihat seksyen 59 Akta ini. (4) (a) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b) tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh— (i) menyentuh perjalanan kuat kuasa Bab IX dalam Bahagian III dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; atau (ii) ditafsirkan sebagai menghendaki atau membenarkan seseorang mengemukakan atau memberi kepada sesuatu mahkamah, Pesuruhjaya Khas, Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain apa-apa dokumen, benda atau maklumat yang, menurut Bab itu atau menurut peruntukan itu, orang itu tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengemukakan atau memberi kepada sesuatu mahkamah. (b) Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang lain, jika sesuatu dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan terdiri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada, atau berhubungan sepenuhnya atau sebahagiannya dengan, resit, pembayaran, pendapatan, perbelanjaan, atau transaksi atau urusan kewangan seseorang (sama ada seorang peguam bela dan peguam cara, pelanggannya atau mana-mana orang lain), ia tidaklah teristimewa daripada penzahiran kepada sesuatu mahkamah, Pesuruhjaya Khas, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa jika ia terkandung dalam, atau meliputi kesemua atau sebahagian daripada, apa-apa buku, akaun, pernyataan, atau rekod lain yang disediakan atau disimpan oleh mana-mana pengamal atau firma pengamal berkenaan dengan seseorang pelanggan atau pelanggan pengamal atau pelanggan firma pengamal itu atau mana-mana orang lain. (c) Perenggan (b) hendaklah juga terpakai berkenaan dengan sesuatu dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan yang telah dibuat atau diwujudkan sebelum permulaan kuat kuasa perenggan itu.

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next