My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 1

Local Government Act 1976 s 1

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 1 Short title, application and commencement

(1) This Act may be cited as the Local Government Act 1976, and shall apply only to Peninsular Malaysia. (2) This Act shall come into force in a State on such date as the State Authority may, after consultation with the Minister, appoint in relation to that State by a notification in the Gazette and the State Authority may, after consultation with the Minister, appoint different dates for the coming into force of different provision of this Act and may bring all or any of the provisions thereof into force either in the whole State or in such part or parts of the State as may be specified in the notification. (3) Notwithstanding subsection (2), in relation to the Federal Territory, this Act shall come into force on such date as the Minister may, by notification in the Gazette, appoint. (4) The State Authority may, notwithstanding subsection (2), by notification in the Gazette exempt any area within any local authority area from all or any of the provisions of the Act or from any by-laws. (5) Where in any notification made under subsection (2) it is specified that part or parts of this Act shall come into operation, the State Authority may specify in the same notification the provisions of any of those laws referred to in section 166 which shall be repealed.

Malay text (authoritative)

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kerajaan Tempatan 1976, dan hendaklah terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia sahaja. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan berhubungan dengan Negeri itu oleh Pihak Berkuasa Negeri, selepas berunding dengan Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta dan Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Menteri, menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan Akta ini yang berlainan dan boleh menguatkuasakan semua atau mana-mana daripada peruntukan Akta ini sama ada di seluruh Negeri itu atau di manamana bahagian atau bahagian-bahagian Negeri itu sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu. (3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), berhubungan dengan Wilayah Persekutuan, Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (4) Pihak Berkuasa Negeri boleh, walau apa pun subseksyen (2), melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan sesuatu kawasan dalam mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau daripada mana-mana undang-undang kecil. (5) Jika dalam sesuatu pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen (2) adalah dinyatakan bahawa bahagian atau bahagianbahagian daripada Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa, Pihak Berkuasa Negeri boleh menyatakan dalam pemberitahuan itu juga peruntukan manakah daripada undang-undang yang disebutkan dalam seksyen 166 yang hendak dimansuhkan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next