The revenue of a local authority shall consist of—
(a) all taxes, rates, rents, licence fees, dues and other sums or charges payable to the local authority by virtue of the provisions of this Act or any other written law;
(b) all charges or profits arising from any trade, service or undertaking carried on by the local authority under the powers vested in it;
(c) all interest on any money invested by the local authority and all income arising from or out of the property of the local authority, movable and immovable; and
(d) all other revenue accruing to the local authority from the Government of the Federation or of any State or from any statutory body, other local authority or from any other sources as grants, contributions, endowments or otherwise.
Malay text (authoritative)
Hasil pihak berkuasa tempatan
Hasil sesuatu pihak berkuasa tempatan adalah terdiri daripada—
(a) semua cukai, kadar, sewa, bayaran lesen, dius dan lain-lain wang atau caj yang kena dibayar kepada pihak berkuasa tempatan itu menurut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
(b) semua caj atau keuntungan yang terbit daripada apa-apa perdagangan, perkhidmatan atau pengusahaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan itu di bawah kuasa yang terletak hak padanya;
(c) semua bunga atas apa-apa wang yang dilaburkan oleh pihak berkuasa tempatan itu dan semua pendapatan yang terbit daripada harta alih dan tak alih pihak berkuasa tempatan itu; dan
(d) semua hasil lain yang terakru kepada pihak berkuasa tempatan itu daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau daripada mana-mana badan berkanun, lain-lain pihak berkuasa tempatan atau daripada mana-mana punca lain sebagai pemberian, sumbangan, endowmen atau lain-lain.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).