Local Government Act 1976 s 45
Sections 85β93 were repealed by later amendments.
s 45 Remedies for default
(1) If at any time any interest due on any loan other than stock borrowed by a local authority under this Act shall remain unpaid by the local authority for three months after demand therefor in writing has been lodged with the local authority by the person entitled thereto or by his duly authorized representative, application may be made by such person or his representative to the High Court for the appointment of a receiver of the property and revenue on which the loan is secured.
(2) On the hearing of such application the Court may make such order and give such directions as under the circumstances shall seem expedient for the raising and payment of the moneys due, and, in particular, the Court may order that a rate or rates of such amount or amounts as it may fix be made and levied upon all rateable property within the local authority area, and such rate so ordered shall have the same incidence as any rate imposed by the local authority and may be enforced in like manner and the proceeds thereof shall be paid into Court or otherwise as the Court shall direct.
(3) If at any time there is default in the repayment of any such loan or of any instalment thereof after a period of thirty days from the date on which such loan or instalment shall have become repayable, the like proceedings may be instituted on the application of the person to whom such repayment shall be due or his duly authorized representative.
(4) The Court, on such application, in addition to any order which it is empowered to make under subsection (2), may order the sale of any property on which the loan may be secured, subject to the provisions of any written law as regards the alienation of any lands vested in the local authority.
Malay text (authoritative)
Remedi kerana mungkir
(1) Jika pada bila-bila masa bunga yang kena dibayar atas sesuatu pinjaman, melainkan stok yang dipinjam oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan di bawah Akta ini, adalah masih belum dibayar oleh pihak berkuasa tempatan itu selama tiga bulan selepas tuntutan bertulis disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan itu oleh orang yang berhak kepadanya atau oleh wakilnya yang diberi kuasa olehnya dengan sewajarnya, permohonan boleh dibuat oleh orang atau wakilnya itu kepada Mahkamah Tinggi untuk pelantikan seorang penerima bagi harta dan hasil yang telah dijadikan sekuriti bagi pinjaman itu.
(2) Selepas mendengar permohonan itu Mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah dan memberi apa-apa arahan sebagaimana yang sesuai dalam hal keadaan itu untuk mendapatkan dan membayar wang yang kena dibayar itu, dan khususnya, Mahkamah itu boleh memerintahkan bahawa sesuatu kadar atau kadar-kadar bagi apaapa amaun atau amaun-amaun yang ditetapkannya hendaklah dibuat dan dilevi ke atas semua harta berkadar dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu, dan kadar yang diperintahkan sedemikian itu adalah menimpakan beban sama seperti beban sesuatu kadar yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan itu dan boleh dikuatkuasakan dengan cara yang serupa, dan hasil kadar itu hendaklah dibayar kepada mahkamah itu ataupun sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah itu.
(3) Jika penjelasan bagi mana-mana pinjaman itu atau bagi sesuatu ansurannya tidak dibuat selepas tempoh tiga puluh hari dari tarikh pinjaman atau ansuran itu kena dijelaskan, tindakan yang serupa boleh diambil atas permohonan orang yang kepadanya penjelasan itu kena dibuat atau atas permohonan wakilnya yang diberi kuasa olehnya dengan sewajarnya.
(4) Atas permohonan itu, Mahkamah itu boleh, selain daripada apa-apa perintah yang dia diberi kuasa membuat di bawah subseksyen (2), memerintahkan dijual apa-apa harta yang telah dijadikan sekuriti bagi pinjaman itu, tertakluk sentiasa kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis tentang pemindahan mana-mana tanah yang terletak hak pada pihak berkuasa tempatan itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part V β
Find Act 171 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).