My bookmarksSign up free
← Local Government Act 1976

Local Government Act 1976 s 46

Local Government Act 1976 s 46

Sections 85–93 were repealed by later amendments.

s 46 Borrowing powers for special purposes

(1) In addition to the powers of borrowing conferred upon a local authority by section 41 and subject to any other written law, a local authority may, for the purpose of carrying out any development for residential, commercial and industrial undertakings, raise by way of loan from any person such amounts of money at such rates of interest and upon such conditions as may be agreed upon between the local authority and that person with the approval of the State Authority. (2) Any loan made to a local authority under the provisions of this section may be secured by a first mortgage or a first charge or by debentures upon the assets, and the revenues derived from the assets, in respect of which the money is borrowed but not upon any other assets or revenue of the local authority. (3) Section 45 shall not apply to such loan or to any interest due thereon, but the mortgagee, chargee or debenture holder may exercise all such legal and equitable remedies in respect of his mortgage, charge or debentures as may, from time to time, be in force in the State in which the local authority area is situate.

Malay text (authoritative)

Kuasa meminjam bagi maksud khas

(1) Selain daripada kuasa meminjam yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan oleh seksyen 41, dan tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, bagi maksud memajukan pengusahaan perumahan, perdagangan dan perindustrian, mendapatkan wang dengan cara pinjaman daripada mana-mana orang bagi apa-apa amaun, dengan apa-apa kadar bunga dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui antara pihak berkuasa tempatan itu dengan orang itu dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. (2) Sesuatu pinjaman yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen ini boleh, dengan jalan gadai janji pertama atau gadaian pertama atau dengan jalan debentur, bersekuritikan aset, dan hasil yang diperolehi daripada aset yang mengenainya wang itu dipinjam dan bukan bersekuritikan aset lain atau hasil pihak berkuasa tempatan itu. (3) Seksyen 45 tidak boleh dipakai bagi pinjaman itu atau bagi apa-apa bunga yang kena dibayar di atasnya, tetapi pemegang gadai janji, pemegang gadai atau pemegang debentur itu boleh menjalankan segera remedi di sisi undang-undang dan di sisi ekuiti yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dalam Negeri di mana pihak berkuasa tempatan itu terletak.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next